12 Februari 2013

KEMBARA EROPAH Belanda/Holland II - Keukenhof Park

Taman Keukenhof- entry reposting 19/4/2009
Tahun 2009 sudah 60 tahun wujudnya Keukenhof yang membawa maksud taman di dapur. Yang menariknya selama 60 tahun ini, ia tetap kekal sebagai satu tarikan pelancong untuk ke Belanda. Ada yang datang saban tahun, malah ada pula yang datang 3 kali dalam tahun yang sama semasa ia dibuka. Taman ini dibuka selama 3 bulan sahaja dalam setahun bermula Mac hingga Mei tetapi bilangan pengunjung yang datang terlalu ramai menjangkau puluhan ribu pengunjung.
Tahun ini (2009) banyak acara dirancang bagi menyambut ulangtahun ke 60 tetapi kami tidak sempat mengikuti acara tersebut kerana jadual perjalanan kami yang ketat. Mungkin jika yang ingin ke sana boleh berkunjung ke webnya terlebih dahulu http://www.keukenhof.com/. Kami tak sempat untuk ke sana lagi tahun depan kerana kami akan pulang akhir Mac 2010. Melalui cerita teman yang telah berkunjung ke sana, pada bulan Mac bunga tulip belum kembang lagi. April adalah bulan paling cantik untuk mengunjungi taman tersohor ini....

Inilah sebahagian gambar-gambar yang saya rakam semasa berada selama 5 jam di sana... Saya memang mabuk bunga hari itu....

ps- Untuk album penuh lawatan Pah Bedah ke Taman Keu, sila klik https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151433769837229.504556.829392228&type=1

6 ulasan:

hizbi76 berkata...

SubhanaLLAH, Alhamdulillah, Allahu Akbar hanya itulah ungkapan dari Hamba-Mu Ya Illahi.....pengikat ukhuwah mempertaut barakah....

LK berkata...

Ya Subhanallah...Alhamdulillah Allah huakbar

Unknown berkata...

Akum,saya dari sabah ..boleh tak kak laila tunjukkan jalanraya kat eropah?

Unknown berkata...

email kat i asnally@gmail.com..kerana saya hendak wat tugasan utk Engginering mengenai jalanraya dan pengangkutan di luar negara....sekian terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Hello, after reading this amazing post i am also cheerful to share my familiarity here
with friends.
Look at my web site - payday loans online direct lenders

erniedisini berkata...

Blogwalking, singgah disini. Seronok tengok Pn Laila dah dapat jejak ke banyak negara...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...