Menonton filem merupakan salah satu kegemaran saya, selain daripada menulis. Dan untuk tahun ini saya berharap sangat agar dapat menonton filem-filem boxoffice yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2009 ini. Kalau tidak dapat di panggung wayang, dapat menontonnya melalui dvd di rumah pun dah kira ok. Maklumlah, tiket di sini paling murah berharga hampir Euro10 sekeping (bersamaan hampir RM50 seorang), mana tahan kalau dah satu famili kami 4 beranak pergi, hehehe.
Berikut adalah senarai Filem Mesti Tonton pilihan saya untuk tahun 2009:
1. Aliens vs Monsters, (Mac 2009) - Dreamwork Animation
2. Fast & Furious, (April 2009) - Van Diesel
3. X-Men Origins: Volverine, (Mei 2009) - Hugh Jackman
4. Angels and Demons, (Mei 2009) - Tom Hanks
5. Terminator Salvation, (Mei 2009) - Christian Bale
6. Up, (Mei 2009) - Disney's Pixar Animation
7. Transformers: Revenge of The Fallen, (Jun 2009) - Shea LeBouf
8. Harry Potter and The Half Blood Prince, (Julai 2009) - Daniel Radcliffe
9. Sherlock Holmes, (November 2009) -Robert Downey Jr.
10. Avatar, (Disember 2009) - James Cameron (Pengarah yg muncul kembali selepas 12 tahun filem terakhirnya Titanic)
P/S: Tiada Filem Melayu? hehehe, Mungkin saya menunggu sentuhan kelainan daripada Prof Razak Mohyidden sebelum saya masukkan di dalam senarai di atas. Namun dengar khabarnya filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula mendapat sambutan hangat di Malaysia. Ya, saya ingin mulakan dengan filem tersebut untuk filem Malaysia Mesti Tonton bagi tahun ini.
2 ulasan:
saya baru lepas tgk 'young victoria' best utk yg minat sejarah
heehe hang ni memang pencinta sejarahla...patut jadi lecturer sejarah antarabangsa bukan civil la cik bedah....
Catat Ulasan