04 Februari 2009

Cabaran Anak Kita di Zaman Ini.....

Baru-baru ini saya mendapat beberapa rantaian emel berkenaan seorang kanak-knak berusia 4 tahun yang ditinggal oleh van dari tadika di rumahnya yang tiada siapa-siapa kerana ibubapa bekerja. Sepatutnya anak itu dihantar ke tadika transit, bukannya ke rumah. Masalah ini berlaku kerana berlaku kekeliruan disebabkan pada tahun sebelumnya kanak-kanak ini dihantar terus ke rumah kerana ada pembantu rumah. Pada tahun ini, rumah itu tiada pembantu rumah dan kebetulan itu adalah hari pertama persekolahan. Anak itu merayap dengan kaki melecet disebabkan tidak berkasut di tengah panas. Mujur ada guru transit budak itu terjumpa kanak-kanak itu merayap dan membawanya pulang ke rumah.
Kemudian saya mendapat emel juga tentang pemandu van yang meninggalkan budak sekolah Tahun 4 kerana alasan budak itu terlambat kerana ada urusan dengan guru di sekolah. Mujur ada hamba Allah yang hendak membantu menghantar anak itu ke rumah dengan selamat.
Dalam hal ini masing-masing menuding jari mencari kesalahan orang lain.... Siapa yang harus dipersalahkan? Untuk kes yang pertama, Ibubapa yang tidak bercuti pada hari pertama sekolah dibuka? Kerana jika mereka bercuti, sudah pasti mereka dapat menguruskan persekolahan anak dengan sebaiknya. Atau pemandu van yang main tinggal anak di dalam pagar dengan anggapan ada orang di rumah? Atau guru di tadika yang melepaskan anak kepada pemandu van? Atau guru sekolah transit yang sepatutnya memastikan anak itu dihantar oleh pemandu van?
Bagi kes kedua, adakah guru bersalah kerana melepaskan anak itu lewat kerana ada sedikit masalah? Atau pemandu van kurang bertanggungjawab kerana tidak mahu menunggu sedikit masa lagi? Atau salah ibubapa kerana tidak mengambil tanggungjawab menghantar dan menjemput anak sendiri pulang dari sekolah?
Semasa saya hendak menghantar Hardy pertama kali ke sekolah dahulu, saya mempunyai dua pilihan sama ada henda menghantarnya ke sekolah yang berdekatan dengan rumah atau bersekolah bersama dengan saya. Saya senaraikan setiap kebaikan dan keburukannya. Jika saya menghantar dia ke sekolah berdekatan dengan rumah saya, dia tetap akan kena bangun awal kerana bas sekolah tiba jam 6.15pagi setiap hari. Bermakna dia harus bersiap sekurang-kurangnya jam 5.45pagi. Tetapi dia oleh juga dihantar oleh ayahnya semasa dalam perjalanan ke pejabat, jadi dia boleh keluar lewat sedikit. Tetapi bagaimana pula pada waktu pulangnya? Saya boleh menjemput dia kerana saya balik waktu tengahari tetapi bagaimana jika saya terpaksa berada di sekolah sedangkan sekolah saya jauh dari rumah. Saya boleh bagi kunci pada dia dan balik naik bas saja. Tetapi bagaimana dengan makannya di rumah? Bagaimana jika sebelum saya pulang, ada orang jahat datang ke rumah? Dan jika dia lapar dia main api dapur dan rumah terbakar?
Lalu saya fikir, iarlah dia ikut saya ke sekolah saya yang jauh itu. Sekalipun rumah kami jauh, sekurang-kurangnya kami keluar rumah selepas Subuh dan saya boleh memastikan dia makan dan selamat sampai ke rumah sekalipun kami sampai sudah agak lewat.
Saya tidakmenyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana setiap orang memainkan peranan masing-masing. Yang paling penting, pada zaman yang begitu mencabar bagi anak-anak kita, anak itu hendaklah dipastikan keselamatannya. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman kita kanak-kanak dulu. Dulu ayah masih ada masa untuk megambil anak pada waktu tengahari atau pada bila-bila masa kerana ayah bekerja kampung. Dulu ibu sentiasa ada di rumah jadi jika anak pulang ke rumah, ibu sudah menanti di muka pintu dengan hidangan tengahari yang lazat. Kini ibubapa bekerja jauh dari rumah dan sekolah anak-anak. Kerana itu saya katakan anak sekarang punya cabaran yang hebat dalam menjaga keselamatan diri masing-masing.
Pada zaman ini bukanlah satu cerita baru, seorang anak darjah 1 dibekalkan dengan kunci rumah dan wang ringgit yang agak banyak untuk ke sekolah. Tujuannya supaya bila balik anak itu boleh membuka rumah sendiri, makan makanan yang sudah dibeli di kedai dan pergi ke sekolah agama sendiri. Pada waktu malam baru ibubapa dapat melihat anak mereka di rumah. Telefon bimbit diberikan kepada mereka untuk memastikan mereka dapat menggunakannya pada masa kecemasan atau dihubungi oleh ibubapa pada bila-bila masa.
Suatu hari semasa saya makan tengahari di medan seera di Putrajaya, kelihatan segerombolan anak-anak remaja datang ke medan selera. Mereka makan dan menyanyi dengan iringan gitar. Kadang-kadang bertepuk-tampar lelaki perempuan. Harga makanan mereka makan sama dengan harga makanan kita. Siap keluar rokok macam tiada apa masalah mereka. Kemudian saya terfikir, pastinya mereka makan di luar sebab ibu bekerja. Tentu mereka dibekalkan dengan amun duit yang banyak jadi mereka boleh makan sedap-sedap dan membeli rokok dengan baki duit itu. Silap-silap yang mana sudah terpesong jauh, boleh membawa teman wanita ke rumah. Kerana ibubapa tiada di rumah pada siang hari.
Cabaran anak sekarang memang begitu mencabar. Begitu juga dengan ibubapa yang terpaksa bekerja demi tuntutan material dan kehidupan tetapi berdepan pula dengan cabaran membesaran anak-anak zaman sekarang.
Saya berdoa semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam lindungan Allah dan tabah menghadapi cabaran kehidupan moden. Itu tidak termasuk dengan tuntutan persekolahan yang begitu mendesak, di mana kecemerlangan merupakan ukuran keperibadian mereka. Bagaimana pula dengan kemajuan teknologi yang semakin pantas meningglkan kita jika kita tidak mahu berjalan seiring dengannya. Sama-samalah kita letakkan yang terbaik untuk anak kita dan mengorbankan lebih masa dan tenaga kita. Hidup ini bukan sekadar RM semata-mata. Sekejap saja, mereka akan dewasa dan kita teah terlepas saat keemasan bersama mereka melihat mereka membesar di depan mata!

2 ulasan:

azizailan berkata...

Berkenaan kat medan selera putrajaya tu saya mmg setuju benar dgn laila..saya dah 6 tahun lebih kt putrajaya ni...saya rasa yg laila maksudkan mungkin yg dkt sekolah prcnt 8 tu...kadang2 saya makan sorang2 kt situ temenung lihat gelagat budak2 sekolah2 tu..tp tetiba je tebayang pula anak2 saya pun esok pon nanti membesar juga...nk tanya budak2 skrg menjawab dgn orang tua bukan mcm kita dulu2 jawab...pas tu dengar pulak ada antara budak2 tu bukan anak sebarangan orang...karang silap2 tanya kita pulak yang terbanggg...tu tak campur tengok yg atas motor pakai baju sekolah selamba je hisap rokok berhenti sebelah kita...rasanya cabaran kita nak membesarkan anak zaman sekarang yng serba canggih ni tak sesenang kemudahan2 yang kita ada sekarang ni...makin canggih makin pening kepala mak bapak nak memikirkan membesarkan sorang2 anak2 kita...wallahualam

LK berkata...

betul cik din. rasanya peribahasa jaga tepi kain sendiri lebih relevan sekarang ini. jaga anak sendiri. tapi kdg2 kita x nampak keburukan anak kita tu sbb kita kena minta org tgkkan. tapi kita jgn menyebok hal orang....boleh ke kalau kita buat macam itu...
kesian kat anak2 skrg tapi kesian lagi kat mak bapak sekarang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...