Cuba kira ada berapa imej kami dalam gambar-gambar di bawah? Bolehkan anda teka juga di manakah diri kami yang sebenar? Adakah di kiri, kanan atau di tengah atau di celah-celah cermin kecil? Gambar ini dirakam di Sealife and Aquadome, Berlin. Menarik terowong ini kerana ilusi optik yang terhasil akibat pantulan cermin ini menyebabkan kami terpaksa meraba-raba mencari jalan keluar dan terpaksa memanggil nama anak-anak yang sudah berjalan di depan kerana risau mereka hilang... Menakjubkan!
2 ulasan:
saya dah masuk tmpt sebegitu di sini, petua utk elak terlanggar cermin utk mencari jln keluar ialah jln dgn memandang ke bawah, lihat bucu/sisi lantai cermin.. insyaAllah selamat.. hehehhe
hehehe...dah lambatla ko bagi petua...
Catat Ulasan