16 Disember 2008

Shopping di Ikea, Spandau, Berlin

Ini kali kedua kami ke sini. Kami pertama kami sekadar meninjau-ninjau barang-barang yang perlu dibeli. Dan kali kedua baru kami betul-betul beli. 4 jam baru selesai membeli-belah tapi itupun tergesa-gesa dan rasa kurang selesa...Patut kami pergi awal-awal pagi tapi apakan daya, banyak sanagt urusannya pagi itu. Dapat kunci, bersihkan rumah sikit-sikit....membeli barang-barang untuk kenduri Aidil Adha, menunggu barang-barang elektrik sampai, mengemas sikit-sikit dan barulah sempat ke sana.... Kami tiba haripun dah gelap...dalam jam 5.00 petang. Janganlah kata kami ni banyak sangat duit hingga shopping barangpun dekat Ikea....Hakikatnya Ikea di sini hanyalah mall low cost....tak macam di Malaysia. kalau kat Malaysia dengar shopping kat Ikea saja, orang sudah kata banyak duit...sebab barangnya mahalkan...


Tak percaya? Tengok riset Ikea saya. Tengok harga barangnya.... Mana boleh dapat barang Ikea kat Malaysia dengan harga bawah RM1 kan....kalau ada pun ada la 1, 2...Kat sini banyak juga yang boleh dapat harga kurang Euro1. Agaknya sebab Sweden dekat dengan Jerman.... Dan tak payah nak terbang 14jam!

Tapi bila saya convert duit Malaysia, masih murah banyak di Ikea sini. Contohnya jag air yang saya beli di Ikea, Malaysia berharga RM9 sedangkan jag yang sama di sini harganya Euro0.59 dan bila dah convert tak sampai RM3.00.

Tapi murah-murahpun melayang juga Euro370 untuk semua barang-barang yang saya beli termasuk kos pengangkutan! Bila diconvert....rasa nak nangis.....Alahai rumah baru!

6 ulasan:

Hana Zozolina berkata...

bestla ikea kat sana murah.. ikea kat sini mahal, baik g ikea malysia!

dhiya zafira berkata...

salam....

selamat memasuki rumah baru...lama tak berborak ngan ko...rindulah...

LK berkata...

lin: kalau datang Berlin, mehla ke Ikea...hahaha cam dah xde tempat lain nak pi...

LK berkata...

dhiya: terima kasih...penat tak habis...menulis tak habis... apa yg aku buat???
lamanya tak berborak...heehe mamat/minah tension tu masih merapu lagi kat blog ko?

Tanpa Nama berkata...

salam, anda salah fakta tu..IKEA di malaysia untuk..budget furniture..kalau nak yang kelas..Lorenzo, Vincci, melandas casa mobila...

LK berkata...

anon...saya salah fakta...mmm...
saya tahu kualiti furniture ikea malaysia mmg xleh lawan lorenzo etc tapi saya cuba nak katakan yang harganya sangat mahal....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...