14 November 2008

KEMBARA EROPAH: Mencari Tembok Berlin

Mencari Tembok Berlin! Mmm... macam misi besar aje tapi kalau orang yang dah biasa di sini ataupun memang orang Berlin mesti depa dah tak hairan... Orang kata kalau ke Berlin tapi tak tengok Tembok Berlin memang pelik, ibaratnya kalau masuk tandas tapi tak membuang...Hehehe pandai-pandai saja saya mereka pepatah baru. Masa mula-mula sampai, Cik (ibu saudara abang) dah hantar SMS, 'Dah nampak Tembok Berlin ka?'

Ikut dalam kepala yang ingat-ingat lupa dalam Sejarah dulu, tembok ni dibina untuk memisahkan Jerman Timur yang dikuasai Rusia dengan Jerman Barat yang dikuasai tiga negara Amerika, Britain dan Perancis.

Akhirnya setelah bertanya kepada kawan-kawan di sini, saya bertemu juga dengan Tembok Berlin. Tada!



Ada rasa kagum bila melihat bagaimana dalam politik, Tembok boleh dibina bagi memisahkan 2 negara berlainan ideologi. Saya mula membayangkan bagaimana perasaan penduduk di zaman Perang Dingin itu menerima tembok ini. Ada saudara yang terpisah kerana tembok ini. Ada kekasih merana tidak dapat melihat kekasihnya lagi. Hidup pula dalam ketakutan. Di sebalik rekahan tembok itu dikatakan orang di sebelah sini berkomunikasi dengan orang di sebelah sana. Dikatakakan seramai lebih daripada 200 orang terbunuh ditembak oleh tentera kerana cuba menyeberangi tembok tersebut. Tembok ini kekal selama 28 tahun 1 hari!

Sepanjang 700 meter tembok yang masih ditinggalkan oleh Kerajaan Jerman sebagai tinggalan sejarah dinamakan East Side Gallery. Yang ada di Postdamer Platz hanyalah kepingan yang dipamerkan sekeping-sekeping. Jadi tidaklah nampak 'real' macam di sini.



Selain ada kedai menjual cenderamata di situ, terdapat bot yang menyediakan kemudahan makan dan hotel. Itu nampakkan sungai? Ada ramai pelancong yang mengambil peluang bersiar-siar menyusuri sungai. Ada jambatan cantik yang saya tidak pasti namanya yang sempat saya rakam gambarnya dari jauh.



Mural di lukis di sepanjang tembok sama ada di sebelah Timur mahupun Barat. Ramai juga yang menyonteng dinding tembok kerana 2 meter dari tembok di'gazette'kan sebagai 'no man's land' tetapi kami yang skema ni tidak meninggalkan apa-apa, sekadar tersengih di sini sana merakam gambar dan video tanda kami pernah datang ke sini.

Harapnya video yang saya cedok di bawah dapat memberikan anda gambaran lebih jelas tentang Tembok Berlin. Nak tengok dan rasai sendiri pengalamannya, marilah ke sini dan saya pasti membawa anda ke sini!

http://www.tripadvisor.com/VideoGallery-g187323-i17353766-Berlin.html

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...