30 November 2008

Buku yang Baik untuk Penulis seperti saya...

Hobi saya membaca. Sejak kecil lagi buku sudah menjadi sebahagian dari diri saya. Kalau tidak membaca, rasanya hidup saya tidak lengkap. Saya suka membaca apa saja; buku, majalah, makalah, jurnal dan apa saja dari pelbagai genre; politik, motivasi, agama etc tapi yang paling best sekali tentulah baca novel cinta.... Itu yang terus terjerumus ke lembah ini... dan tak boleh berpatah balik...

Sebagai penulis yang baru setahun jagung berjinak-jinak dalam dunia penulisan, saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dalam bidang ini. Jika ada bengkel-bengkel penulisan yang saya boleh ikuti, InsyaAllah saya akan pergi. Saya juga suka bertemu rakan-rakan yang banyak memberi bimbingan kepada saya untuk memperbaiki hasil tulisan saya.

Bila masa terluang, saya akan membaca buku-buku dari otai-otai sama ada di dalam atau luar negara tentang tips penulisan yang baik. Selepas itu saya akan cuba praktikkan mana-mana yang saya rasa bersesuaian dengan saya.

Beberapa hari lepas, semasa saya menunggu abang habis kuliah, saya pergi ke shopping mall Kaadstad. Kebanyakan buku-buku semuanya dalam bahasa Jerman cuma ada satu bahagian kecil khas untuk buku Inggeris. Harganya boleh tahan juga. Inilah buku yang saya baca dalam tempoh kira-kira 1 jam 30 minit hingga Hardy kata "Mama ingat ini rumah kita ke yang mama baca buku lama-lama ni?" Saya sengih saja sebab ada minah kat sebelah yang sudah duduk membaca lagi lama dari saya.... Inilah bukunya... Dari penulis best seller di US yang sudah punyai 14 buah novel....

Harganya...boleh tahanla...Euro 10.90!

Hasilnya banyak juga yang saya dapat.... bagaimana dia menulis plot dan sub plot, mencipta kareaktor, mencari idea dan paling best sekali dia mencadangkan agar satu jurnal diwujudkan bagi merekod pengalaman menulis novel ini. Mmm... selama ini saya memang ada jurnal tetapi jurnal itu dalam bentuk hard copy. Setiap novel saya mesti ada satu buku yang siapa tengok tak sanggup nak pegang...sebabnya penuh dengan contengan-contengan idea dan kerana selalu sangat diselak, dah hitam sana-sini sebab biasalah masa menulis makanla minumla dan macam-macam.... Dan harus ambil nota bahawa tulisan saya, memang SUKARDI baca....

Bila dah siap rangka manuskrip saya akan tampal kat dinding dan conteng-conteng lagi... Tujuannya bila saya terpandang, saya akan tahu apa lagi yang saya perlu tulis dan di mana saya berada dalam novel itu. Saya juga selitkan dengan kata-kata motivasi...Konon-konon nak beri semangat pada diri sendiri. Itulah cara saya bekerja.

Lepas baca buku beliau, saya rasa, saya akan tukar sedikit cara saya dan ikut saranan beliau, maka inilah hasilnya....



Mulai hari ini, maka saya akan merakam semua benda di dalam jurnal ini... Sebenarnya lebih mudah sebab saya boleh copy, paste, delete dan macam-macam lagi...

Sebelum baca buku itu, saya sempat menghabiskan bacaan dari tulisan Lim Swee Tin 'Mendekati Seni Penulisan Kreatif Lim Swee Tin'. Itu yang tetiba lahir puisi Perempuan Mandul Itu...



Selain itu, saya juga menimba ilmu dari novel-novel orang lain. Nak datang ke sini dulu saya hanya sempat merembat 4 novel; Tika Rindu Berlagu-Lily Suriani, Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni, Ketika Cinta Bertasbih-Habiburrahman dan Bohemian-Imaen (juga buku Lim Swee Tin dan satu buku akademik tentang Pendidikan Khas). Abang dah bagi amaran awal-awal jangan bawa banyak-banyak, beg berat. Padahal dia bukan tidak tahu isterinya ini seorang pembaca yang tegar. Cukup sebulan...habis semua koleksi buku yang saya angkut... Sekarang ini saya harus memberi tumpuan menyiapkan manuskrip saya yang terbengkalai.... Sehingga itu saya akan merindukan hobi saya yang berada teratas dalam carta hobi...

ps: Saya dah tempah beberapa novel dari Kak Eka untuk diangkut ke Berlin....

29 November 2008

Keluarga besar kami di Berlin

Gambar ini dirakam semasa acara makan-makan di Kanun, Restoren Ayam yang terkenal terutama bagi Muslim... Biasa kalau ada orang Malaysia yang baru datang, kami akan bawa mereka makan-makan di sini. Kadang-kadang hujung-hujung minggu, Kanun menjadi tempat kami berkumpul. Di sini hanya ada 6 keluarga dan 3 orang yang solo; Abang Kamal n Kak Mahizah (yang sudah 3 tahun di sini), Muz n Fida (yang akan balik insyaAllah Mac nanti), Nazri n Emy (yang akan balik September 09), Rizza n Mar (yang sudah setahun lebih di sini), Yeo n Jimmy (yang baru datang bersama kami Oktober lepas), Kak Aed (yang akan balik tahun depan, Oktober), Raja Nizam (akan balik sama dengan kami April 2010) dan Yazhar (tak pasti dia nak balik bila), juga Kak K (yang berkursus 3 bulan di sini). Keluarga besar kami ada kira-kira 16 dewasa dan 10 kanak-kanak.... Havoc jugalah kalau semua naik dalam 1 bas atau 1 koc tren...

Masa ni kami menyambut ketibaan rakan-rakan dari Manchester (Wawa, Liyana dan Aimi) yang ada Case Study di Berlin, Dr. Syarifah (pakar jantung dari Hospial Pulau Pinang yang ada konferen di sini) dan suami Yeo yang baru sampai dari Malaysia hari itu.

Mana rupa makanan kat Kanun tu? Nanti di entri yang lain saya tunjukkan gambarnya..

28 November 2008

Susu Kacang Soya

Mmm...lazatnya susu kacang soya! Setelah lebih dari sebulan, kami jumpa juga susu kacang soya made in Malaysia. Masa kat Malaysia memang kami sekeluarga penggemar air kacang soya. Bila kat sini kami dah jumpa port membeli susu kacang soya Drinho Made in Malaysia! Kat kedai Korea!


Harganya? Euro 1,29... sebabnya yang ini diberi percuma oleh Naz masa kami ke rumahnya.... Lepas ni bolehlah buat koleksi memenuhkan peti ais. Ada beberapa makanan lagi yang Made In Malaysia yang boleh dijumpai di sini... Nantilah kalau saya jumpa, saya akan tunjukkan di sini. Bangga jadi anak Malaysia kerana walau di mana berada, kita boleh temui barang Made In Malaysia! Bravo!

27 November 2008

Inspirasiku!

Tada! Acer Aspire One Netbook akhirnya sampai juga di depan mata. Abang kata kalau tak boleh juga siap manuskrip barang 3, 4 tak tahulah.... Hehehe abang ingat senang ke nak menulis sebuah buku yang tebalnya hampir 500 mukasurat?



Apapun lepas ni harapnya episod malas-malas nak menulis, berebut-rebut PC ngan Hardy yang sibuk dengan Age of Empire III dan Hakimy yang sudah pandai berjinak-jinak dengan You Tube... akan berakhir!



Tapi ada sedikit masalah nak guna Netbook ni... Tengokla keypad dia.... Huruf Y kat bawah dan tanda @ tu tak ada, nak kena tekan Atl Gr dan Q. Lepas tu banyak pulak huruf-huruf tulisan Jerman...

Alah...nak cari alasan lagilah tu! Terima kasih abang... Seperti kata saya pada Kak Eka, "Mana lagi nak cari laki baik cam ni".... Hahahaha...

KEMBARA EROPAH: Haupbahnhof, Berlin


Gambar ni dirakam semasa Ladies Day Out kat Berlin, bersama rakan-rakan di sini. Kami (saya, Emy, Kak K, Yeo dan Fida yang tiada dalam gambar) pergi jalan-jalan kerana ada sale di Strauss kat Haupbhanhof ni. Ini stesen keretapi terbesar di Europe dengan 14 landasan keretapi, yang termaju kerana baru siap dibina pada tahun 2006. Kira macam KL Sentral tapi kalau nak bandingkan KL Sentral dengan Haupbhanhof Berlin rasanya tak terbandingkan, mungkin 50 ke 100 tahun akan datang baru boleh menyamainya rasanya.... Kat sini hari Ahad restoren/butik dibuka tidak seperti kebanyakan Mall yang lain di Berlin.

26 November 2008

Salji Pertama Kami

Suasana kami menyambut salji yang betul... Kalau sebelum ni kami hanya bermain salji di Genting Highlands, kini ianya benar di depan mata.... Yang paling teruja tentulah Hardy, yang sibuk nak buat orang Salji sedangkan Hakimy masih tidak tahu apa-apa.... Yang dia tahu sejuk....


Ingatkan hanya kami yang menunggu salji turun, rupanya orang Berlin sendiri menunggu tibanya salji di halaman mereka. Pernah ketika itu jam 2.00 pagi, salji turun lebat, mereka bermain salji di hening pagi tanpa rasa bersalah kerana mengejutkan orang yang sedang sedap dibuai mimpi. Saya ingatkan tentulah orang yang tidak pernah merasa salji yang teruja lebih, rupanya orang sini juga teruja sama. Sudah pastinya disebabkan salji hanya turun pada musim Winter maka kehadirannya dinanti semua.
Di Berlin tiada tempat bermain ski macam di Munich. Jadi kalau nak lepas gian main ski, biasa mereka main ski kat taman buatan berhampiran Postdamer Platz.

Musim sejuk-sejuk ni, kalau dapat makan ubi kayu dengan ikan masin dan minum pula kopi O...best...

22 November 2008

Spoiler Alerts! Komen Pembaca Saat Kau Hadir

Saya sudah mendapat komen dari pembaca tentang novel terbaru saya, Saat Kau Hadir. Antaranya yang dapat saya kongsikan di sini:

Komen 1 :
merl90:sy rse puas sgt sbb cte 2 memg best n xsia2 sy bli..watak amri 2 kdg2 wt sy rse cm nvel akk 2 nvel msteri lak

Komen 2 :
Tok Lijah: salam, sy dah abiss baca SKH pkl 4 pg td.. menarik sampai sy rela tidoq lambat semata2 nak abisskan SKH... nanti sy komen lebih details

Komen 3 :
retna: sis, owang br abesh bc novel saat kau hadir... suker sangat ending dier.. tp goshh x sangka ek .. hehee nice imaginasi..

Komen 4 :
ok, last year masa novel lakaran kasih, kta ada komen kat akak yg ada part yg bapak dia rancang suruh org buat2 nak rogol anak dia, quite irrelevant & impropriate.. but u said u wanna make it different and out of other people's expectation.. fine.
this year punya novel, it's better.. dari segi penulisan, ayat2 cinta dan eleberation lebih baik dan lebih menyentuh perasaan.. (wahhh...)
TAPI... ada gak part yg agak PELIK kat sini.. kat chapter 60...ermm.. time amri nak explain kenapa dia bersikap pelik..because of his twin-evil-look-a-like-brother yang dijumpai time ambush terrorist nak bom KLCC.. ermm..isn't it a bit TOO MUCH.. hehe.. dari pandangan kta la.. by the way, nice job done!!

Komen 5 :
SKH best untuk dibaca sebab saya boleh habiskan satu malam! 5 1/2 jam je dah cukup. Tu dah membuktikan buku akak ni best sebab kalau saya dapat habiskan satu malam untuk sesuatu novel, maknanya novel tu bestlah.
Syabas akak. Tabik spriing harus diberi pada akak kerana SKH. Sebabnya; pada pendapat peribadi saya jalan cerita SKH amat menarik! Ada peningkatan. Tapi akak memang pandai memilih karakter. Saya boleh bayangkan Eliana tu siapa. Karakter siapa yang akak masukkan telah membuatkan bayangan saya pada Eliana tu superb.
Kemudian akak buat detik pertemuan Eliana dan Amri. Waaa.. Bestnye. Terberangan jap. (Kenapa la tiapkali aku naik ketapi xde la plak adegan-adegan cenggitu. Huhu). Dapat pakwe yang romantik tahap gaban, loving nak mampus! Adoi. Tangkap lentok jap saye akak. Kemudian pakwe menjadi misteri. Huhuuu... Terus aku nanges! (nanges tu akak... Saya belum pernah nanges baca novel akak ni!).
Scene saya paling suka; saat Eliana gi snorkling. Tapi kan, berani la plak dia gi snorkling bodoh-bodoh je sorang diri. Sungguh bodoh Eliana ni. Theheh. Saat dia jumpa Deltan... Fuh saat ni terus aku dapat ambik karakter Deltan tuh! Dengan muka yang hensem gaban, rambut cacak, body tough. Uuuiiiii sweetnya Deltan! (Gatal jap aku) Kena pulak dia gi dinner dgn Deltan. Adoi alangkah bertuahnye kalau jadik kenyataan... Fuh.
Dan yang saya paling tak duga siapa Deltan tu sebenarnya. Hmmm. Akak ni. Penuh misteri cerita ni. Terpaksa masukkan jap karakter mamat tu pada si Imran nih. Bertuahnye Eliana ni. Dah la dapat kekasih loving gaban. Dapat peminat pun cinta tahap bintang. Adoi... (terberangan jap).
Apapun, setiap watak dalam novel ini akak pandai letakkan peranan mereka masing-masing. Saya suka part akhir cerita ni. Selepas Eliana memilih Imran sebagai suami. Start scene tu, bermulalah espisod CSI. Saya seperti tak sabar-sabar nak selak page seterusnya sebab nak cari jawapan pada cerita tu. Dan. akak ni memang suka buat surprise orang la. Saya dah frust gila di akhir cerita dengan keputusan Eliana. Dah nak nanges pun ada mengenangkan naseb jejaka nan satu tu. Sekali rupa-rupanya ada satu chapter saya tak baca. Ceh! Aku siap sempat gi kenceng lagi. Dalam keaadaan frusst lak tu. Grrrr.
Apapun cerita akak ni banyak bawa pengajaran. Tentang peluang kedua. Tentang motivasi. Tentang kasih ibu. Tentang bipolar disorder. Theheh. Lawak. Sia-sia nampak gila kerana si Amri tu. Lawak, lawak.. Bagi saya, SKH sebuah cerita cinta romantis yang taklah memboringkan. Taklah romantis all the way. Sebaliknya cerita romantis yang diadun dengan pelbagai unsur seperti kelakar, sedih dan CSI.
Syabas untuk akak untuk novel ketiga ni... Dok di Berlin tu jalan-jalan jugak, tapi jangan lupa cerita seterusnya.. Bravo!


Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi membaca SKH. Yang melapangkan masa memberi komen, yang memberi kritikan membina....sangat-sangat saya hargai... Kepada mereka yang mahu memberi komen, peti emel saya sentiasa menanti komen-komen anda. Terima Kasih Semua! Muah! InsyaAllah ia akan menjadi perangsang kepada saya untuk menulis dengan lebih baik lagi....
Saat-saat begini saya merindukan teman-teman di Malaysia (kerana kebanyakan watak dalam novel itu adalah mereka).
Dzalia dalam novel Lakaran Kasih (Juhaida) dan Eliana Irdina (Illiana) dalam novel Saat Kau Hadir.

Khairul, Zul Izzi dan Marfuza yang akan saya abadikan dalam novel keempat, Cinta Pandang Kedua... coming soon! InsyaAllah.

Salji turun lagi 5.00 petang


21 November 2008

Salji Pertama Sudah Turun!

Tepat jam 10.42 pagi tadi.... Anak-anak yang sememangnya sudah tidak sabar menanti kehadiran salji begitu teruja. Kami tidak turun ke bawah...sekadar menadah tangan dari jendela dapur...

Salji Pertama dijangka Turun!

Laporan ramalan cuaca pagi ini menjangkakan hari ini akan hujan yang tidak berapa lebat sepanjang hari dengan suhu tertinggi 3 darjah celcius dan suhu terendah -2 darjah celcius. Beberapa hari ni memang saya tidak keluar rumah kerana cuaca sejuk tetapi semalam disebabkan saya tidak membuat cukup persediaan menghadapi cuaca di musim sejuk, maka digagahkan kaki ini untuk keluar juga. Dari pagi hujan, cerah, hujan, cerah...lalu saya redah.

Semalam kebanyakan orang sudah sibuk membeli Long John. Dan rak-rak tempat Long John banyak yang sudah kosong...sudah tidak banyak pilihan. Maksudnya ramai orang sudah membuat persediaan menghadapi winter...

Sejak di sini sebulan lalu, cuaca memang sejuk walaupun belum masuk musim sejuk. Dikatakan Jerman memang selalu masuk winter dulu berbanding dengan negara lain...Yang itu saya dengar rumour saja, entah betul entahkan tidak. Kata Emy, tahun lepas salji turun 2 hari je..itupun bukannya lebat, setakat macam gerimis saja. Tahun ini bagaimana? Kita tunggukan saja.

Ini laporan lengkap ramalan cuaca :
Today:
Rain with some snow mixing in by afternoon. Temps nearly steady in the mid 30s. Winds WNW at 10 to 15 mph. Chance of precip 70%.

Tonight: Becoming partly cloudy later with any flurries or snow showers ending by midnight. Low 28F. Winds WNW at 10 to 15 mph. Chance of snow 30%.

Tomorrow: A mix of clouds and sun in the morning giving way to a few snow showers during the afternoon. Temps nearly steady in the low to mid 30s. Winds WNW at 10 to 15 mph. Chance of snow 30%.

Tomorrow night: Becoming partly cloudy later with any flurries or snow showers ending by midnight. Low 27F. Winds NW at 10 to 15 mph. Chance of snow 30%.

P/S : Jam 10.30 pagi tadi, saya menerima SMS dari abang : Snow dah turun kat sini!

Kisah Germany-England di Olympia Stadium, Berlin

Abangku yang gilakan aku dan bola...

Perancangan asal untuk bersama merasai kemeriahan perlawanan bolasepak antara Germany dan England pada malam tadi (Rabu 19.11.2008) akhirnya tidak tercapai. Hujan yang turun dengan suhu jatuh ke paras 4 darjah celcius membuatkan saya membatalkan hasrat untuk ke stadium bersama anak dan Manami (kawan perempuan di sini). Hanya abang dan Muz (kawan gila bolanya) sahaja yang pergi ke stadium.

Apabila abang balik dari perlawanan tersebut dan memberitahu keputusannya, ia agak mengejutkan saya, England menang dengan jaringan 2 berbalas 1. Melalui cerita abang, suasana di stadium sangat meriah dan sangat berbeza dengan suasana stadium di Malaysia. Penonton hanya masuk ke stadium 10 minit sebelum perlwanan kerana masing2 sudah mempunyai nombor tempat duduk pada tiket masing2. Berbeza di Malaysia yang mana pukul 5 petang sudah masuk ke stadium mencari spot baik kerana semua tiket hanya dibezakan dengan blok dan tempat duduk pula tidak bernombor (free seating). Penonton di sini pula sentiasa menyanyi-nyanyi tanpa henti, berbeza dengan Malaysia, penonton hanya bersorak tanpa ritma tersendiri.

Berbalik kepada perlwanan, katanya, perlawanan agak mengecewakan terutamanya permainan pasukan Germany. Walaupun membariskan hampir 3/4 pemain utamanya (yang tiada hanyalah Ballack, Frings, Lahm dan Lehman), namun segalah pergerakan Germany tidak menjadi. Berbeza pula dengan England yang 3/4 pemainnya adalah pemain dari Team B (tanpa Bekcham, Gerrard, Lampard, Rooney dan lain2), mereka masih mampu menguasai permainan.

Walaupun saya tidak ke sana, tetapi melihat riak abang yang bersemangat menceritakan pengalaman pertamanya menyaksikan perlawanan antarabangsa di bumi Germany itu membuatkan saya juga terasa puas dan teringin untuk berkongsi kepuasan tersebut di blog ini. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh abang di perlawanan tersebut:

Keindahan Stadium Olympia Berlin

Penonton mula memasuki stadium

Opening ceremony

Pemain utama Germany Miroslav Klose (menjadi pujaan hatiku...)(sori abang...)

Suasana perlawanan (rasanya nampak cam John Terry jer...)

Akhirnya kemenangan milik England... Ceh...

Yes, it is...

17 November 2008

Selamat Pengantin Baru Fiza dan Suhaimi

Sewaktu entri ni ditulis pasangan ni dah jadi pengantin lama... sebabnya mereka kahwin 1 November 2008 yang lalu, bermakna sudah hampir 20 hari menjadi pasangan suami isteri. Saya menanti jika ada kawan-kawan yang mahu mengirimi saya dengan gambar yang lebih cantiek ataupun si empunya badan yang menghantarnya tetapi rasanya penantian itu tiada makna. Maka terpaksalah mencedok gambar ini dari Fuza di blog 1.9.

Selamat menempuh alam rumahtangga. Two gone... when will the one?

sama cantik sama padan

bila berdiri tingginya lebih kurang

pandai betul adik Fiza cari pasangan

semoga jodoh sentiasa panjang

16 November 2008

Spagetti@Mee Goreng

Duduk jauh-jauh ni tekak mengalahkan tekak orang perempuan mengandung... Adoi! Pantang nampak terus teringin. Masalahnya pula kat sini payah nak cari bahan. Kenala jadi kreatif buat eksperimen dan modified mana-mana patut.

Alkisahnya masa pergi melawat ke blog Kakak Chef kita (Kak Lina), dia tengah buat entri pasal mee goreng. Macam menarik je mee goreng yang Kak Lina tulis, siap dengan gambar yang begitu menyelerakan. Terus malam itu saya nekad nak buat mee goreng. Godek punya godek, adalah spagetti. Ah! Spagetti pun spagettila...


Ini gambar spagetti saya yang sedang berasap dari atas kuali....

Si Hardy ni kaki puji.... Terima kasih mama. Sedaplah mama masak hari ni...

Kak Lina, jangan bubuh entri masakan lagi ek...hehehe. Mati nak cari bahan kat sini nak buat.... (macam aku terror masak pon!)

15 November 2008

Perempuan Mandul Itu

Perempuan mandul itu

telah kau nikahi

beberapa tahun dahulu

belumpun genap

dua angka ulangtahunnya


Katamu semasa mula kenal cinta

apa saja akan kita harungi bersama

katamu bila kutanya

kita bisa berbahagia

jika mungkinnya tiada zuriat di hari muka

kerana bahagia itu subjektif nilainya

bukan boleh diukur dengan sendirian, berdua atau bertiga

tiada beda


Dahulu katamu

tak sabar menempuh malam pertama

hari ini berlainan kata

"Ah! Apa guna menanam benih kalau tiada hasilnya"


Perempuan mandul itu

sudah penat

menjadi perempuan mandul



Laila Kamilia

Iranische Strasse 6, Berlin, Jerman

6 November 2008

14 November 2008

KEMBARA EROPAH: Mencari Tembok Berlin

Mencari Tembok Berlin! Mmm... macam misi besar aje tapi kalau orang yang dah biasa di sini ataupun memang orang Berlin mesti depa dah tak hairan... Orang kata kalau ke Berlin tapi tak tengok Tembok Berlin memang pelik, ibaratnya kalau masuk tandas tapi tak membuang...Hehehe pandai-pandai saja saya mereka pepatah baru. Masa mula-mula sampai, Cik (ibu saudara abang) dah hantar SMS, 'Dah nampak Tembok Berlin ka?'

Ikut dalam kepala yang ingat-ingat lupa dalam Sejarah dulu, tembok ni dibina untuk memisahkan Jerman Timur yang dikuasai Rusia dengan Jerman Barat yang dikuasai tiga negara Amerika, Britain dan Perancis.

Akhirnya setelah bertanya kepada kawan-kawan di sini, saya bertemu juga dengan Tembok Berlin. Tada!



Ada rasa kagum bila melihat bagaimana dalam politik, Tembok boleh dibina bagi memisahkan 2 negara berlainan ideologi. Saya mula membayangkan bagaimana perasaan penduduk di zaman Perang Dingin itu menerima tembok ini. Ada saudara yang terpisah kerana tembok ini. Ada kekasih merana tidak dapat melihat kekasihnya lagi. Hidup pula dalam ketakutan. Di sebalik rekahan tembok itu dikatakan orang di sebelah sini berkomunikasi dengan orang di sebelah sana. Dikatakakan seramai lebih daripada 200 orang terbunuh ditembak oleh tentera kerana cuba menyeberangi tembok tersebut. Tembok ini kekal selama 28 tahun 1 hari!

Sepanjang 700 meter tembok yang masih ditinggalkan oleh Kerajaan Jerman sebagai tinggalan sejarah dinamakan East Side Gallery. Yang ada di Postdamer Platz hanyalah kepingan yang dipamerkan sekeping-sekeping. Jadi tidaklah nampak 'real' macam di sini.



Selain ada kedai menjual cenderamata di situ, terdapat bot yang menyediakan kemudahan makan dan hotel. Itu nampakkan sungai? Ada ramai pelancong yang mengambil peluang bersiar-siar menyusuri sungai. Ada jambatan cantik yang saya tidak pasti namanya yang sempat saya rakam gambarnya dari jauh.



Mural di lukis di sepanjang tembok sama ada di sebelah Timur mahupun Barat. Ramai juga yang menyonteng dinding tembok kerana 2 meter dari tembok di'gazette'kan sebagai 'no man's land' tetapi kami yang skema ni tidak meninggalkan apa-apa, sekadar tersengih di sini sana merakam gambar dan video tanda kami pernah datang ke sini.

Harapnya video yang saya cedok di bawah dapat memberikan anda gambaran lebih jelas tentang Tembok Berlin. Nak tengok dan rasai sendiri pengalamannya, marilah ke sini dan saya pasti membawa anda ke sini!

http://www.tripadvisor.com/VideoGallery-g187323-i17353766-Berlin.html

10 November 2008

BERLIN: 30 hari di Bumi Hitler



Hari ini genap 30 hari saya di Berlin. Membawa diri ke perantauan, berjauhan dari keluarga dan teman-teman, bukanlah sesuatu yang saya impikan walaupun semasa mula-mula abang memasuki perkhidmatan kerajaan, pernah juga terlintas di dalam kepala 'akan ke luar negara untuk berkhidmat demi negara'. Tapi bila sudah 7 tahun tidak berpindah jabatan, rasanya kami memang tidak akan ke mana-mana, di Malaysia saja mungkin ke ceruk rantau dan desa. Kalau keluar setakat pergi melancong...

Tapi... hari ini siapa tahu, tiba-tiba saya sudah berada di sini, di bumi Jerman. Macam mimpi tapi itulah realiti yang akan saya hadapi lagi 1 tahun 5 bulan.... lagi.

Saya di sini sebagai seorang isteri, pegawai kerajaan yang mengambil cuti tanpa gaji, seorang ibu, seorang ustazah dan seorang guru kepada dua anak yang lasak, seorang pelancong dan selebihnya saya bukan siapa-siapa..... Oh ya, saya hampir terlupa memasukkan juga penulis blog yang tegar! (malu nak mengaku seorang penulis novel sebab manuskrip berjalan macam siput).

Apa yang berubah hidup saya di sini?
Rutin hidup.... Dulu bangun tidur bersiap untuk ke tempat kerja. Di sini bangun tidur siapkan breakfast untuk siapa lagi....abang terchenta!

Apa perkara yang saya paling suka di sini?
Tenang...tak perlu kejar masa...dan tak pernah rasa jammed kat sini macam mana...

Apa perkara yang masih saya buat di sini yang tidak boleh tinggal?
Berdiri di depan tingkap, merenung pemandangan dan mula berangan.
Makanan?
Makanan Turki, paling best kebabla. Kalau nasi saya selalu tak habis sebab portionnya besar.

Minuman?
Tak ada lagi yang saya suka sebab saya masih rindu pada teh tarik!

Paling bohsan?
Bila tak ada komputer atau kena berebut komputer dengan anak. Masa tu la rasanya idea nak menulis datang mencurah-curah. Rasa nak beli je komputer baru...

Paling syiok....
Jalan-jalan... Memang betul jalan-jalan sebab kena berjalan kaki. Kutip seberapa banyak pengalaman yang boleh.

Paling rindu...(selain makanan)
Keluarga di kampung, masakan mak, rumah dan katil sendiri, kawan-kawan....

Dapat bertutur dalam bahasa Jerman?
Setakat nama hari, ucap selamat, nombor 1-8. (apa da... sebulan baru tahu tu aje?)

Kalau saya di Malaysia saat ini...
Sedang pegang Saat Kau Hadir erat-erat dan berehat enak-enak di atas katil. Lepas tu makan kari kepala ikan, minum teh tarik, pergi House Warming Lynn dan berkelah di Bukit Tinggi. Dapat balik kampung lagi best...makan ayam masak merah mak buat, ikan sepat cicah air asam....fuh dah terliur dah... Mesti sibuk dengan sekolah sebab dah akhir tahun. Tengah pegang rotan sebab Hardy nak periksa. Juga sedang merancang percutian sempena cuti sekolah!

09 November 2008

Gambar di sekitar Majlis Soft Launch Tika Rindu Berlagu dan Saat Kau Hadir

Terima kasih pada Rinn yang sudi menghantar gambar ini eklusif dari bumi Malaya ke bumi Hitler ini. Disebabkan saya tiada di sana, maka gambar saya tak ada. Tapi tak apa, novel SKH ada kat sana. Apa kata saya cuba mengasah bakat menulis dialog pada gambar-gambar tersebut. Kalau betul, nanti saya balik Malaysia, belanja pizza yer.... hehehe, jangan marah nanti kena jual!


"Ni nak tengok kamera mana ni? Banyak benar kamera, macam artis aje gayanya. Nengok yang sini, yang sana berkelip. Penat dah kontrol macho...." Ayat Mersik.



"Awat? Betui ka cerita hang....pasai apa akak tak tau?" Huhu...Ayat Kak Eka tu. Tengok dia excited, nasib baik tak potong jari.





"Apa kata kita lawan, sengih siapa yang menjadi pujaan hatinya." Itu ayat Lynn.


"Ekau tulih namo akak biau betui, jangan salah ejo...". Lily tengah perati wakil Putrafm menyelesaikan tugasnya menemuramah setelah kenyang makan Pizza... Tulis dik jangan tak tulis nanti Encik Hazry tanya balik nanti.



"Yang mana satu untuk Sara, mana satu untuk Diana..." Hehehe mati aku balik ni kena ketuk ngan Kak Eka.


"Ini hadiah ni balik kena baca.... bukan bagi saja-saja..." Kata Lily. Adik tu jawab "Baik kak, nanti saya minta aweks saya baca."

"Pegang! Nak gempa bumi!" Kata Bikash. "Tang perut akak jangan ambik tau...bagi nampak sekerat je..." Kata Lily.



Satu tengah belek ipod (ke belek muka), satu tengah promosi kuih Deepavali.

"Ada watak untuk Kak Ija tak Bikash?"


"Silalah rasa kuihku ini..." Kak Lina menghulurkan kertas cabutan bertuah sebenarnya.

"Sat akak jenguk... akak ni kena pakai cermin mata ni. Ha! Dah panggil nombor tu awatnya tak bangun!" Kak Eka memang best!


"Kami dah janji pakai tudung warna sama." Kata Rinn mewakili Shanika.


Terima kasih kepada Geng Kicap di http://gengkicap.blogspot.com/
Junaidix di http://www.junaidix.net/(yang siap upload video lagi!)
dan Retna di http://mesejmesej.blogspot.com/
yang menyiarkan Soft Launch ini dalam blog mereka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...