Baru masuk minggu kedua, saya dah mula rindu nak makan ikan.... Kat sini payah sikit nak cari ikan sementelah jauh dari laut... Ada juga yang saya nampak di Pasar Turki, tapi satu ikanpun saya tak kenal. Masa pergi Vein Lhoi ada juga ikan yang saya kenal, tapi semuanya frozen.... Teringin ikan segar? Maknanya kena buat research sikit dan cuba rasa sendiri. Kat sini pun rasanya seperti saya baru belajar memasak. Macam baru aje terasa telinga ni pedas kena komen dengan mak masa mula-mula belajar masak dulu....kurang garamlah...hangitlah... entah apa rasa pun tak tahula... kira kalau bagi tetamu datang mesti tak lalu nak makan....
Ini kerana saya belum habis bereksperimen dengan bahan masakan dan perkakasan di sini. Kat sana pakai dapur gas, kat sini pakai dapur elektrik... Pernahlah kerana baru mencuba telur dadar saya hangit.
Oleh itu demi kerana ikan yang saya teringin nak makan sangat-sangat tu (nak buat masak asam pedas dan bakar), saya perlu mendapatkan pertolongan profesional. Orang yang paling layak untuk ditanya tentulah Selebriti Chef kita Kak Norzailina Nordin dan jiran saya yang suka memasak yang sudah biasa tinggal di luar negara, Kak Eka Fahara. Inilah kelas tutorial ikan saya.
Kak Eka :
Kau cari ikan salmon yang isinya oren. Boleh buat masak sambal dan kari. Ikan mackerel (lebih kurang ikan kayu). Ikan soul fish macam ikan pari berwarna putih. Ada juga ikan trout. Segar-segar sedap Laila.
Tutorial 1 : Mencari nama-nama ikan dan rupanya di Google
Mak datuk. Satupun tak ada web yang boleh tunjukkan gambar ikan tu betul-betul. Paling bengang ikan soul fish...ada ke ditunjukkan gambar band Soul Fish... Memang gagal macam ni nak cari ikan kat Berlin ni...
Kak Lina:
Ikan Salmon tu isinya merah-merah (kak Eka kata oren...waaa... dah konfius...agaknya merah oren-oren kot). Sedap kalau buat sup. Cara nak buat sup. Bubuh semua dalam periuk. Bahan-bahan macam kita buat sup ayam/daging tu. Didihkan. Bila warna ikan dah tukar pucat, angkat.
Ikan mackerel macam ikan kembung. Ikan mullet macam ikan gelama tapi besar. Ikan tuna isi dia merah-merah. Semua ikan tu boleh bakar. Cara nak bakar. Bubuh rempah kat ikan. Bungkus dalam aluminium foil. Masuk dalam oven suhu 200 darjah celsius selama 20 minit. (dah ada ikan bakar lepas ni misi nak cari belacanlah pulak sebab nak buat sambal pencicah, hahaha).
Kata saya :
Kak, masalahnya saya dah cari dalam internet...Gambonya semua tak boleh pakai....
Jawapan Kak Lina : Ko pi pasar. Peh tu ko ambik gambo ikan tu sekor-sekor. Ko post kat blog. Nanti akak komen.
Tutorial 2 : Mengambil gambar ikan di Pasar Turki
Aduh! Nak buat tidak, nak buat tidak! Nanti orang Turki tu kata bengong orang Malaysia ni. Sanggupkah saya menyelesaikan tutorial ini dalam misi makan ikan??? Tunggu!

10 ulasan:
laila,
bukan soul fish....sole fish!!!!!hahahahahaha macam ikan sebelah....heheheheheh sakit perut baca N3 ni!!!!!hehehehehhe
kak eka... ikan sebelah ke ikan dua belah ke mana saya nak tau... mujur aedy tak suka makan ikan...kalau tak aku tak tau la macam mana ributnya hidup aku... agak2 akak saya buat ke kerja gila tu? amik gambar kat pasar? hahaha aku imagine pun takut...
Aler..... na... ko cakap je la kat org jual ikan tu ko sajer amik gambar wat kenangan sbb ko ni join Kelan Ikan kat Mesia.... hehehheh amacam??? ada berani? - Liza
laila,
Sah!!!!! Akak yakin kau akan tangkap gambar semua ikan2 tu!!!!!!.Kau pun kadangkala macam akak juga..redah aje!!!!!heheheheh
Liza- aku cakap jerman pun tak lepas lagi nak suruh terangkan pasal kelab ikan malaysia...tapi idea ko ni menarik dan boleh dipakai jugak...idea macam biasa buat jer....masa kat sekolah dulu...hahaha
kak eka: aci redah je yer? maksudnya kena buat sorang2 tu, pandang kiri pandang kanan dan pastikan aedy tak ada kat sebelah...
tau takpe susah nak dpt ikan segar..
bayangkan dlm setahun saya makan ikan segar sekali je.. selain fish and chip yg minah saleh tu masak
tpi blik mesia hari tu.. saya sempat makan pari je kak..
ko lainla selalu balik msia...mcm msia tu kat sebelah rumah jer...
Laila, kalau rajin pergi belek2 buku masakan kat kedai2 buku, mesti ada gambo ikan. Idak pun pergi perpustakaan....ahh, sudah... haru bebenor, kerana ikan seekor...
hehehe..... banyak nau assignment ni....
Catat Ulasan