06 Julai 2008

Satu perut ibu tetapi mengapa akhirnya

Sambil-sambil makan kami berbual di kantin. Macam-macam isu yang keluar dan masing-masing memberikan pendapat. Kisah kawan saya yang bisingkan kakak iparnya yang tak habis-habis menyusahkan suaminya. Walau adik-beradik, tak seharusnya si kakak mengkulikan adiknya tambah apabila masing-masing sudah berkeluarga.
Saya hanya tersenyum.... perkara ini sudah saya bangkitkan tatkala mendengar keluahan teman tentang adik-beradik yang bercanggah apabila sudah dewasa dan berkahwin. Dulu masa kita kecil, dengan adik dan kakak atau abang kita rapat sekali. Dengan mereka kita berguling dalam lumpur, melastik burung ataupun bermain polis sentri tetapi apabila dewasa, kita akhirnya tidak seakrab dulu. segalanya tiba-tiba berbeza. Kita jarang kunjung-mengunjungi, bersembang ala kadar malah sudah tidak ambil pot lagi tentang masalah mereka. Kepentingan kita kini telah beralih arah pada kekasih, kawan-kawan, suami/isteri dan anak-anak.
Saya memandang kedua-dua anak teruna saya. Melihat akrabnya mereka, tidur sebantal sebelah-menyebelah, saling berpelukan. Bila saya belikan satu barang untuk si abang, dia akan meminta saya belikan untuk adiknya juga. Begitu juga dengan si adik. Bila diberi vitamin kepadanya, dia akan meminta diberikan untuk si abang. Saya benar-benar berharap agar kedua-dua mereka akan terus akrab bila dewasa nanti. Tercapaikah impian saya?
Saya selalu kata, siapa pasangan yang kita pilih akan menentukan kehidupan kita, akan mengubah dimensi hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Hendak tak ehndak, mahu tak mahu, pengaruh pasangan dalam hidup kita besar. Hinggakan orang mengtakan, jika kita hendak tahu bagaimana perangai suami/isteri kawan-kawan kita, kita lihat kepada dia. Ringkas kata, pasangan seseorang itu cermin kepada dirinya. Melihat diri kita akan terbias cermin diri pasangan kita. Kerana itu saya selalu berpesan kepada adik-adik, jangan memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita untuk sekadar tangkap muat. Orang itu akhirnya akan menjadi ayah/ibu kepada anak-anak kita, ipar dan menantu kepada keluarga kita. Sikapnya akan banyak mempengaruhi keputusan kita seluruh kehidupan selepas ini. Kerana kita tidak berkahwin untuk sehari. Kita akan hidup bersamanya hingga ke tua!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...