21 Julai 2008

Mesti Tonton 2008 : The Dark Knight



Bukanlah kepakaran saya untuk mengulas filem ini, namun setelah menontonnya semalam, saya pasti, dan ramai lagi yang telah menontonnya juga yakin bahawa filem ini merupakan filem terbaik untuk tahun 2008 (setakat ini sehingga 20 Julai 2008).

Di sebalik kegelisahan saya dengan tempoh filem yang panjang disebabkan oleh karenah Hariz (saya dan abang sudah serik yang betul-betul serik kali ni untuk bawa dia ke pawagam lagi, di entri seterusnya saya akan ceritakan karenah Hariz kali ini), saya cuba menghayati perjalanan filem keenam Batman ini. Namun, Batman kali ini bukan lagi cerita superhero komik seperti dahulu ketika di zaman filem 90-an Batman, Batman returns, Batman Forever dan Batman and Robin. Kali ini Batman (The Dark Knight), sequel kepada Batman Begins (tahun 2005 dulu) lebih segar dan seakan nyata. Tiada lagi Gotham City yang gelap dan penuh komik, tetapi lebih kepada bandar yang seakan nyata dan dekat dengan kita. Jalan ceritanya yang 'real' membuatkan kita percaya bahawa Gotham City itu wujud dan Batman itu wujud.

Dengan barisan pelakon terbaik pernah dikumpulkan, saya amat yakin bahawa lakonan paling hebat adalah milik Heath Ledger (yang telah mati sebaik saja selesai penggambaran filem ini) sebagai The Joker. Boleh dikatakan setiap kali Joker muncul, karakter pyscho yang dibawakannya cukup berkesan dan menenggelamkan character Batman itu sendiri, seakan-akan filem ini lebih menonjolkan watak Joker daripada Batman. Memang padanlah Ledger disebut2 sebagai calon untuk Oscar tahun ini bagi watak Jokernya itu.

Filem ini mungkin agak kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana ia bukanlah 'comic film' yang selalu dibikin untuk tontonan keluarga. Filem ini agak serius dan memerlukan penghayatan tinggi penonton agar tidak terlepas jalan ceritanya. Dengan tempoh 21/2 jam dan banyak cakap, tentulah kanak-kanak akan cepat bosan (tak percaya, tanya Hardy dan Hariz).

Mungkin saya akan menontonnya buat kali kedua minggu ini, untuk menghayatinya sekali lagi. Dan untuk filem itu kali ini, saya berikan ****1/2 bintang daripada ***** bintang. Bagi yang ingin merasai pengalaman bersama The Dark Knight, berkunjunglah ke pawagam berhampiran dengan anda. Anda pasti terhibur.

20 Julai 2008

Hari Keluarga di Bagan Lalang









Dalam sibuk-sibuk, saya sempat lagi mengatur Hari Keluarga untuk rakan-rakan pada 28 Jun lalu. Bermula dari jam 9.00 pagi hinggalah 10.45 pagi esoknya...Macam-macam yang kami buat (barbeku, sukaneka, makan malam, main layang-layang dan tengok sun set). Paling gembira tentu budak-budak yang seronok bermain pasir dari pagi sampai ke petang.... Saya dan abang menang acara bawa buah epal di dahi..... Best sangat.... It was successful event and we had a really good time together.... Entah bila lagi agaknya kami akan berkumpul lagi sementelah saya akan memohon reposting.
Projek seterusnya....trip ke Singapura (bersama Kak Eka), bowling tournament, lawatan ke TESCO dan canting batik. Bulan puasa.... tadarus AlQuran.... Bercakap pasal bulan puasa, dah habis ke ganti puasa Laila? Novel baru apa cerita? Manuskrip takkan sampai mukasurat 35? Aduh! Laila sudah nak semput.... tapi dua hari lepas, saya terasa seperti dilahirkan semula.....

16 Julai 2008

Tahniah Pemenang Kuiz Menanti Kasih

TIGA penyertaan terawal yang telah dipilih bagi memenangi kuiz adalah:
(1) Norfazila Nordin* (e-mel, 3 Mei 08) voucher RM150
(2) Junidah Sujak (e-mel, 17 Mei 08) voucher RM100
(3) Hamidah Md Zen (e-mel, 9 Jun 08) voucher RM50

TAHNIAH! Dan selamat mencuba kuiz Rindu Belum Berhenti Dhiya Zafira pula!

15 Julai 2008

Debaran telah berakhir

Saya memandang skrin laptop dengan pandangan kosong. Kira-kira semibggu lalu saya sudah tidak menulis semata-mata mahu menumpukan kepada dua perkara besar yang bakal terjadi hari ini 15 Julai 2008. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana sejak saya membuat pengisytiharan ini di blog, saya menerima SMS, panggilan telefon dari rakan taulan, memberi saya suntikan semangat untuk menghadapi 15 Julai itu. Terima kasih atas doa-doa anda.
Hari ini bila 15 Julai menjelma, saya masih menerima SMS dan panggilan telefon bertanyakan keadaan saya. Alhamdulillah, dengan semangat yang bersisa, saya jawab yang saya akan menguwarkannya di blog (macamlah orang nak tahu sangat....).
Dukacita saya mengumumkan bahawa kedua-dua perkara yang terjadi hari ini tidak memihak kepada saya. Saya sedih, saya kecewa, saya menangis. Saya tidak setabah mana....
Walau bagaimanapun, saya tetap akan berjuang! Saya yakin, ALLAH akan memakmulkan doa saya juga suatu hari nanti. Lagi pula, saya ada doa dari ibu, suami, anak-anak dan rakan taulan.... Terima kasih semua!

Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.

Tajaan :
Jabatan Perkhidmatan Awam


Kategori :
Warganegara Malaysia sahaja


Tarikh Tutup:
6 Ogos 2008


Syarat-syarat Permohonan :
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.
Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT oleh Ketua Jabatan untuk 3 tahun (2005, 2006 dan 2007).

Tempat:
Universiti Terkemuka (Dalam dan Luar Negara)




Tempoh :
Ph.D ( 3 tahun )
Sarjana ( 1 - 2 tahun )

Untuk maklumat lanjut Hubungi:
Cik Halila Faiza Zainal Abidin
Tel: 03-8885 3419
Faks: 03-88892171
Emel: ldp@jpa.gov.my


Layari:
http://www.jpa.gov.my/2008/07/826/
ehsan : bandarseriputra.blogspot.com

06 Julai 2008

Pengumuman Cuti : Debaran 15 Julai 2008

Saya sedang menanti 2 perkara besar yang akan terjadi dalam hidup saya pada 15 Julai nanti.... Sehingga ke hari itu (dan mungkin beberapa hari selepasnya), saya tidak akan berblogging. Jangan rindukan saya tetapi doakan yang terbaik untuk saya.... Semoga ALLAH bersama saya!

Satu perut ibu tetapi mengapa akhirnya

Sambil-sambil makan kami berbual di kantin. Macam-macam isu yang keluar dan masing-masing memberikan pendapat. Kisah kawan saya yang bisingkan kakak iparnya yang tak habis-habis menyusahkan suaminya. Walau adik-beradik, tak seharusnya si kakak mengkulikan adiknya tambah apabila masing-masing sudah berkeluarga.
Saya hanya tersenyum.... perkara ini sudah saya bangkitkan tatkala mendengar keluahan teman tentang adik-beradik yang bercanggah apabila sudah dewasa dan berkahwin. Dulu masa kita kecil, dengan adik dan kakak atau abang kita rapat sekali. Dengan mereka kita berguling dalam lumpur, melastik burung ataupun bermain polis sentri tetapi apabila dewasa, kita akhirnya tidak seakrab dulu. segalanya tiba-tiba berbeza. Kita jarang kunjung-mengunjungi, bersembang ala kadar malah sudah tidak ambil pot lagi tentang masalah mereka. Kepentingan kita kini telah beralih arah pada kekasih, kawan-kawan, suami/isteri dan anak-anak.
Saya memandang kedua-dua anak teruna saya. Melihat akrabnya mereka, tidur sebantal sebelah-menyebelah, saling berpelukan. Bila saya belikan satu barang untuk si abang, dia akan meminta saya belikan untuk adiknya juga. Begitu juga dengan si adik. Bila diberi vitamin kepadanya, dia akan meminta diberikan untuk si abang. Saya benar-benar berharap agar kedua-dua mereka akan terus akrab bila dewasa nanti. Tercapaikah impian saya?
Saya selalu kata, siapa pasangan yang kita pilih akan menentukan kehidupan kita, akan mengubah dimensi hubungan kita dengan orang sekeliling kita. Hendak tak ehndak, mahu tak mahu, pengaruh pasangan dalam hidup kita besar. Hinggakan orang mengtakan, jika kita hendak tahu bagaimana perangai suami/isteri kawan-kawan kita, kita lihat kepada dia. Ringkas kata, pasangan seseorang itu cermin kepada dirinya. Melihat diri kita akan terbias cermin diri pasangan kita. Kerana itu saya selalu berpesan kepada adik-adik, jangan memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita untuk sekadar tangkap muat. Orang itu akhirnya akan menjadi ayah/ibu kepada anak-anak kita, ipar dan menantu kepada keluarga kita. Sikapnya akan banyak mempengaruhi keputusan kita seluruh kehidupan selepas ini. Kerana kita tidak berkahwin untuk sehari. Kita akan hidup bersamanya hingga ke tua!

Spiderman Cute!


Ke tepi! Penyelamat dunia sudah datang!

Perpisahan telah tiba


Akhirnya si dia selamat bersama tuan yang baru pada 5 Julai 2008 setelah hampir 3 tahun bersama...Saya pasti merinduinya!

02 Julai 2008

Euro Dah Tamat... Olimpik Pulak Menanti

Setelah sebulan bergelumang dengan bolasepak, maka pada 30 Jun yang lalu tamatlah sudah pesta yang membuatkan peminatnya yang bermata merah (akibat kurang tidur) kembali menjalani rutin kehidupan seperti sediakala. Antara manusia yang kembali normal ialah abang. Sejak sebulan lalu, dia tidak pernah tertinggal walau satupun perlawanan bolasepak Euro 2008 jam 12.00 malam dan 2.45 pagi hampir setiap hari (perlawanan kumpulan) dan selang 2-3 hari (kalah mati). Saya pula menjadi mangsa apabila kerap terjaga mendengar riuh jeritan goll nya di pagi-pagi buta. Dan adakalanya akibat tidak dapat melelapkan semula mata, saya pun turun untuk menonton sama aksi bola yang berlangsung di Switzerland dan Austria itu.


Antara perlawanan yang sempat saya tonton ialah Germany vs Poland (2-0), Netherlands vs France (4-1), Spain vs Russia (4-1), Portugal vs Germany (1-3), Netherlands vs Russia (1-3) dan Germany vs Turkey (3-2). Tetapi bila tiba perlawanan Final, saya tertidur dan apabila bangun, tinggal 2-3 minit sahaja lagi sebelum pengadil meniupkan wisel dan Spain diisytiharkan juara apabila menundukkan Germany dengan 1-0 hasil jaringan Torres. Antara pemain yang menjadi tarikan pada Euro kali ini dan juga menarik minat saya ialah Cristiano Ronaldo dari Portugal(kurang menyerlah kali ini tetapi sebab hensem dan berbakat), Ballack dan Podolski (Germany), Arshavin (Russia), David Villa (Spain - penjaring terbanyak Euro) dan Sneijder (Netherlands).


Apapun, Euro sememangnya satu pesta bolasepak kedua terbesar selepas Piala Dunia dan pastinya tahun 2012 nanti kita akan bertemu sekali lagi. Namun, selepas pesta Euro, kini menanti kita satu pesta sukan terbesar dunia pada bulan Ogos ini ialah Sukan Olimpik yang akan diadakan di Beijing, China pada 8-24 Ogos 2008. Ini satu lagi pesta sukan yang amat saya nantikan. Dan sudah tentu acara badminton dan olahraga menjadi favourite saya untuk melekap di kaca tv ogos nanti.


Memang saya minat sukan,

tapi dah lama tak bersukan,

patut pun tak turun2 berat badan,

Nasib kau lah badan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...