
Namun bola punya pasal, berjaga malam bukan menjadi soal. Malam tadi pasukan pilihan Rep. Chec dan Portugal telah melepasi ujian pertama dan pagi nanti pasukan pilihan saya dan abang German akan beraksi menentang Poland. Malam tadi saya hanya menonton perlawanan Portugal-Turki kerana ada Ronaldo! Pagi ini insyaAllah saya akan berjaga untuk menonton aksi Klose, Podolski, Ballack dan Lehnman.
Siapa kata orang perempuan tak menonton bola? Dulu masa di sekolah saya rajin menonton Piala Dunia dan pasukan pilihan saya Brazil dan German. Masa kerja dulu saya siap angkut TV ke ofis kerana ofis saya tiada TV. Biasanya saya menonton kesemua perlawanan kegemaran saya. Namun disebabkan batasan masa dan usia nampaknya kali ini jumlah perlawanan yang saya akan tonton mungkin berkurangan.
Apapun jika anda mahu berkongsi demam Euro dengan saya, boleh layari blog saya sepanjang Euro ini kerana jadual dan keputusan perlawanan akan sentiasa dipaparkan. Selamat Demam Bola!
2 ulasan:
Laila, aku pun minat bola jugak. Tapi disbbkn faktor usia la agaknye, tak larat pulak nak berjaga sampai pagi skrg ni! Cuma dpt tgk game Portugal-Turki dan Holland-Italy jer. Itu pun sbb nak sgt tgk anak2 buah Van Basten i.e Nistelrooy, Van de Sar & Van Persie beraksi di hadapan one of the best goalkeeper in the world; Buffon
hahaha... ada kaki jugak aku...
Catat Ulasan