Saya mendapat panggilan dari sebuah syarikat yang mengatakan mereka diminta untuk menghantar satu servis kad pada semua pengguna Visa dan Master Card. Kad servis ini bertujuan untuk membantu pelanggan mengawal perbelanjaan mereka. Pada mulanya saya tidak bersetuju memberi apa-apa butiran kad kredit saya tetapi dengan kebijaksanaan mereka akhirnya saya menyerahkan segala-galanya. Tetapi pada akhir temubual itu berlangsung, mereka yang pada mulanya menyatakan yang servis kad itu percuma akhirnya menuntut bayaran RM500++. Saya bertegas tidak akan membuat bayaran tetapi saya diberitahu bahawa saya tidak boleh menolak kad ini dan bayaran tetap akan dibuat.
Saya tidak berpuas hati lalu menelefon ke bank. Saya dimaklumkan bahawa tidak pernah ada usaha dibuat untuk mengeluarkan kad servis kepada pengguna kad kredit untuk mengawal perbelanjaan mereka. Saya juga diberitahu sekiranya saya mendedahkan kepada mana-mana pihak tempoh sah dan 3 angka sekuriti di belakang kad kredit saya, pihak tersebut boleh membuat transaksi tanpa memerlukan tandatangan pemegang kad kredit.
Saya telah meminta supaya kad kredit saya dibatalkan serta-merta. Akibatnya pihak berkenaan tidak dapat membuat apa-apa transaksi serta-merta dan itu bermakna kad kredit saya tidak boleh digunakan lagi. Saya harus menunggu 1 minggu untuk dapatkan kad kredit yang baru.
Kepada anda di luar sana, sila berhati-hati. Saya ni terlalu Pah Bedah nak melayan panggilan orang hingga akhirnya menyusahkan diri sendiri. Mujurlah saya bertindak segera, kalau tidak.....melayanglah RM10 ribu begitu saja....
1 ulasan:
Laila...
aku pon dah pernah terkena. memang dia cakap mcam2 konon2 kita ebagai pemegang kad kredit ni dapatlah keistimewaan. bila part dia minta nombor kad dan tarikh luput aku dah cuak. aku call bank dia kata benda tu ada yang betul dan ada yang tipu. masalahnya dia minta persetujuan kita sebeleum bgtau ada bayaran 800++ yang kena kita bayar. aku memang hangin. nak batalkan kad azab sungguh. line asyik sibuk. bila pergi bank sendiri depa pon takleh kanselkan sebab kena hq yang buat. aku tawakal jelah. last2 pihak tu telipon balik terus aku cakap " SAYA TAK BERMINAT". ALHAMDULILLAH...ok depa tak potong duit. lepas tu aku dapat 5 6 kali jugak call promote benda yang smaa...baru depa cakap dri mana terus aku cakap " SAYA TAK BERMINAT"...hihihiihih
Catat Ulasan