20 Februari 2008

3 pembekal ayam tak sembelih disaman



20 Februari 2008



Oleh: Berita Harian



KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.
Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.
“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.




p/s: sementara mereka meyiasat, saya dah buang semua ayam di peti ais yang kebetulan saya beli di Tesco baru-baru ini. apa nak jadilah orang yang asyik nak buat untung dengan menipu orang lain. sekarang tengah fikir2, tak payahlah makan ayam lagi atau makan saja ayam organik yang harganya RM16,18 dan 20 seekor. Fuh!mahalnya nak makan ayam... susah rupanya nak cari ayam halal kat Malaysia ni yer?

4 ulasan:

malaysia baru berkata...

Selagi kita meninggalkan fardhu kifayah beginilah jadinya.
Malu, malu sebab kita orang Islam terpaksa bergantung ihsan orang kafir untuk menyediakan makanan kita walaupun kita punya RM juta2..

Mereka apa kira, asal dapat duit, kita habiskan duit, kita dapat makanan haram...

Rupanya hukum Allah untuk kesejahteraan hidup kita.

Jom kita galakkan anak2 kita menjadi usahawan...

LK berkata...

anda benar...InsyaAllah saya akan sahut cabaran anda...

ahib0205 berkata...

eh ada ke ayam organik Dr. Zainol smpai harga RM20? beli kat mana tu? sapa jual? mak dan ayah saya pengedar shah alam yang dilantik sah oleh Dr Zainol hanya jual RM16 utk size L dan RM18 utk size XL. Itu je.. Atau saya salah paham dgn apa mksd sis?

P/s: saya kat U ni punya tahan makan ayam. huhuhuhu.. apa2 pun tepuk dada dan tnya iman masing2. La ni mcm2 makanan ramai main sapu je...

LK berkata...

entah ahib... ada orang jual kat sini harga macam tu...akak baru nak rasa minggu depan...nanti kalau dah dapat info betul2 akak hebah2kan yer... but then tq for the info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...