29 Februari 2008

Ayu Juara One in A Million


Seperti sudah dijangka undian rakyat Malaysia berpihak kepada siapa. Tambahan pula komen2 kedua2 juri Shafinaz dan Paul Moss pada malam ini banyak berpihak kepadanya. Daripada seorang wanita di pedalaman Sabah kepada seorang selebriti, Ayu mempunyai keunikan tersendiri apabila berjaya membawa lagu2 yang diberikan kepadanya dengan penuh yakin dan berkesan.
Bayangkan dalam sekelip mata mendapat RM1 juta. Itulah dinamakan rezeki yang sudah tertulis. Apapun, tahniah juga kepada kedua2 finalis Shila yang menjadi favourite saya dan Sarah yang berjaya juga sampai ke Top 3.
Next... AF6???

28 Februari 2008

Pilihanraya Umum 2008 : Pertarungan Menarik Pilihan LAILA (Siri 2 - Pantai Timur)


Senarai kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi pilihan saya dan akan menjadi perhatian ramai pihak di kawasan Pantai Timur pada 8 Mac nanti.


KELANTAN
P22 - PASIR MAS Datuk Ibrahim Ali (PAS) vs Ahmad Rosdi Mahmud (BN)
P25 - BACHOK Dato Awang Adek Hussin (BN) vs Nasharuddin Mat Isa (PAS)
P26 - KETEREH Dato Annuar Musa (BN) vs Abdul Aziz Abd Kadir (PKR)
P29 - MACHANG Saifuddin Nasution Ismail (PKR) vs Sazmi Niah (BN)
P30 - JELI Dato Mustapha Muhammad (BN) vs Apandi Mohammad (PAS)
P32 - GUA MUSANG Tengku Razaleigh Hamzah (BN) vs Zulkifli Mohammad (PAS)
N6 - CHEMPAKA Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) vs Nik Mohd Zain Omar (BN)
N21 - PERUPOK Omar Mohamad (PAS) vs Dato Awang Adek Hussin (BN)


TERENGGANU
P36 - KUALA TERENGGANU Mohamad Sabu (PAS) vs Dato Razali Ismail (BN) vs Maimun Yusof (Bebas)
P37 - MARANG Dato Abdul Hadi Awang (PAS) vs Abdul Ramzi Zubir (BN)
N3 - JERTIH Dato Idris Jusoh (BN) vs Mohd Hassan Salleh (PAS)
N19 - RU RENDANG Dato Abdul Hadi Awang (PAS) vs Razali Idris (BN)


PAHANG
P85 - PEKAN Dato Seri Najib Tun Razak (BN) vs Khairul Anuar Zainudin (PKR)
P91 - ROMPIN Mazlan Mohd Yassin (PAS) vs Dato Jamaluddin Jarjis (BN)
N36 - PELANGAI Dato Adnan Yaakob (BN) vs Hamdan Ahmad (PAS)

Bengkel Strategi Praktik Mendidik Anak-anak Sindrom Down

Tarikh : 1 Mac 08 (Sabtu)
Masa : 830-530
Tempat :Auditorium Pendidikan UM
Yuran : RM 10 jer
Topik : Intervensi awal, multisensori, pendidikan seks, transisi alam kerjaya, kemahiran prequisite
Hubungi : Dr. Loh -0163125189/ Encik Zul 0137782508 atau web : www.seed.pendidikankhas.net

25 Februari 2008

Pilihanraya Umum 2008 : Pertarungan Menarik Pilihan LAILA (Siri 1 - Utara)

Penamaan calon bagi Pilihanraya 2008 telahpun berakhir 24 Februari lalu. Setelah tamat penamaan calon, BN telah menang 9 kerusi tanpa bertanding (termasuk Dato Azalina Othman yang menang 2 penggal berturut2 tanpa dicabar) dan PAS pula menang 1 kerusi tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang, Kelantan.

Bagi saya, pilihanraya kali ini penuh dengan pertembungan menarik yang pasti ditunggu2 oleh rakyat Malaysia. Di sini saya senaraikan kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi pilihan saya dan akan menjadi perhatian ramai pihak pada 8 Mac nanti.


PERLIS
P1 - PADANG BESAR Datuk Seri Azmi Khalid (BN) vs Zolkharnain Abidin (Pas)
P2 - KANGAR Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) vs. Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail (PKR)
P3 - ARAU Datuk Dr Haron bin Din (PAS) vs. Datuk Ismail bin Kasim (BN)
N12 – TAMBUN TULANG Datuk Shahidan Kassim (BN) vs Che Nordin Che Ahmad (PAS)
KEDAH
P5 - JERLUN Idris Ahmad (PAS) vs Datuk Mukhriz Mahathir (BN)
P6 - KUBANG PASU Dato Johari Baharum (BN) vs Abdul Isa Ismail (PAS)
P8 - POKOK SENA Datuk Abdul Rahman Ibrahim (BN) vs Mahfuz Omar (PAS)
P15 - SUNGAI PETANI Datuk Zainuddin Maidin (BN) vs Johari Abdul (PKR)
P16 - BALING Taib Azamuddin (PAS) vs Abdul Azeez Abd Rahim (BN)
P18 - KULIM-BANDAR BAHARU Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN) vs Zulkifli Nordin (PKR)
N8 - PEDU Dato Mahazir Khalid (BN) vs Zamri Yusof (PKR)
PULAU PINANG
P41 - KEPALA BATAS Dato Seri ABdullah Ahmad BAdawi (BN) vs Subri Md Arshad (PAS)
P42 - TASEK GELUGOR Tan Sri Nor Mohamed Yaacob (BN) vs Ismail Salleh (PAS)
P43 - BAGAN Lim Guan Eng (DAP) vs Song Chong Len (BN)
P44 - PERMATANG PAUH Datin Seri Wan Azizah Ismail (PKR) vs Dato Firdaus Ismail (BN)
P46 - BATU KAWAN Tan Sri Koh Tsu Koon (BN) vs Ramaamy Palanisamy (DAP)
P51 - BUKIT GELUGOR Karpal Singh (DAP) vs Koay Kar Huah (BN)
PERAK
P60 - TAIPING Dato M Kayveas (BN) vs Nga Kor Ming (DAP)
P61 PADANG RENGAS Dato Mohamad Nazri Aziz (BN) vs Alias Zenon (PKR)
P62 SUNGAI SIPUT Dato S Samy Vellu (BN) vs Micheal Jeyakumar (DAP) vs Nor Rizan (Bebas)
P64 - IPOH TIMUR Lim Kit Siang (DAP) vs Liew Mun Hun (BN)
P66 - BATU GAJAH Cheah Yok Can (BN) vs Fong Po Kuan (DAP)
P67 - KUALA KANGSAR Dato Seri Rafidah Aziz (BN) vs Khairudin Malik (PAS)
P76 - TELUK INTAN Dato Mah Siew Keong (BN) vs M Manogran (DAP)
N1 - PENGKALAN HULU Dato Seri Tajol Rusli Ghazali (BN) vs Lee Sing Long (PKR)
N6 - KUBU GAJAH Dato Raja Ahmad Zainuddin (BN) vs Mohd Nazri Din (PAS)

24 Februari 2008

e-cerpen : Ref! Siri 1

“Kayu…!”
“Rasuah ka hoi..!”
“Buta ka?”
Sudin mendengus Ciss! Memang pantang datuk neneknya jika dikeji secara terang-terangan begitu. Tambah-tambah pula dia tidak boleh berbuat apa-apa. Sebagai seorang yang memegang tinggi profesionalisme tugas yang diamanahkan, dia harus terus memekakkan telinganya. Di dalam hatinya dia cuba menahan sabar. Pantang anak lelaki kalau dicabar tetapi apakan daya. Tangan dan kakinya seakan-akan terikat untuk bertindak. Dia sekadar menjeling geram, menahan amarah yang sedang mula menguasai dirinya. Telinganya sudah berasap. Hidungnya sudah kembang-kempis. Ibarat seekor lembu rodeo yang sedang berada di luar pagar, hanya menunggu masa untuk dilepaskan. Di dalam hatinya dia mencabar suara-suara yang mengejeknya itu. ‘Kalau benar anak jantan, tunggulah tepi padang bila tamat permainan ini.’

Tapi bila perlawanan itu tamat, Sudin sendiri engkar pada cabarannya. Awal-awal lagi dia sudah keluar padang, lebih dulu dari pemain. Motor terus dihidupkan enjinnya dan dia terus memecut. Langsung tidak ditolehnya ke belakang. Semuanya gara-gara dia terpandangkan beberapa penyokong yang sudah menunjukkan penumbuk kepadanya. Daripada menempah padah, lebih baik dia blah. Takut-takut selepas ini hanya kerana ingin menunjukkan kejantanan, Cik Limah langsung tidak kenal lagi muka hensem suaminya ini.

Sampai di rumah, Sudin tidak tunggu lama di tanah. Sebaik tongkat motor dipacak ke tanah, dia sudah berambat macam orang yang tak sabar nak kejar jamban.

“Mintak oksigen…. mintak oksigen…” Tercungap-cungap Sudin memberitahu isterinya yang sedang menyembat baju kurung di ruang tamu. Sambil menjeling geram, Limah bangun. Sudin telah mengganggu dia menyiapkan kerjanya.

Sudin tersenyum bila melihat Limah menghulurkan segelas air masak kepadanya. Dalam marah-marah, Sudin sedar, isterinya itu seorang yang setia dan taat kepadanya. Dan kerana kesetiaan dan keaatan itu telah terbukti maka Sudin sedar tanpa perlu mengucapkan terima kasihpun Limah akan terus setia dan taat kepadanya.

Limah kembali duduk di tempatnya menyambung tugas dengan rasa jengkal di hati. Sudin tidak pernah berubah, malah rasanya sampai masuk ke lubang kubur Sudin tetap Sudin. Dia menggeleng kepalanya memandang Sudin yang sudah mengambil tempat di muka pintu. Termenung. Pekerjaan turun-temurunnya.

22 Februari 2008

Lukisan Hardy di Internet!



Kelakar pulak bila si Yana beria-ia mengupload lukisan Hardy di http://illianaazizan.blogspot.com/. Inilah lukisan yang tak seberapa itu tapi begitu dihargai...Terima kasih Yana. You're still the best sister I ever had.

21 Februari 2008

Bengkel Penulisan IKIM- Creative and Popular Writing

Tarikh : 28 Februari 2008 (Khamis)
Anjuran: PUSAT PERUNDINGAN DAN LATIHAN,
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
Bertempat di: DEWAN BESAR IKIM
2, LANGGAK TUNKU OFF JALAN DUTA
KUALA LUMPUR





BENGKEL PENULISAN BERSIRI 2008

Pusat Perundingan dan Latihan, IKIM (PPLI) sekali lagi akan menganjurkan Bengkel Penulisan pada tahun 2008. berbeza dengan bengkel- bengkel penulisan yang lain, Bengkel Penulisan ini akan dianjurkan secara bersiri iaitu:
· Siri 1: Penulisan Kreatif dan Bacaan Popular
· Siri 2: Penulisan Artikel dan Jurnal Ilmiah
· Siri 3: Penulisan Artikel Majalah dan Akhbar

Para peserta akan dibimbing oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman di dalam bidang penulisan. Diharapkan para peserta dapat memilih bidang penulisan yang ingin diceburi dan dikuasai melalui pengkhususan Siri seperti ini seterusnya mendapat kesan sepenuhnya daripada Siri Bengkel Penulisan ini.

KUMPULAN SASAR “SIRI 1” : Creative and Popular Writing

Bengkel ini adalah terbuka kepada ahli akademik, penyelidik, penulis, penerbit, editor buku dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat yang berkeinginan tinggi untuk karyanya diterbitkan.

BAHASA PERANTARAAN UNTUK “SIRI 1”

Bengkel ini akan dikendalikan di dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

BAYARAN PENYERTAAN

Bayaran untuk mengikuti bengkel ini ialah RM200.00 seorang bagi setiap Siri. Peserta boleh mendaftar bagi mana- mana Siri yang ingin disertai. Sijil penyertaan dan modul bantuan akan diberikan kepada para peserta.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari laman web Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) di http://www.ikim.gov.my/ atau menghubungi Ir. Ahmad Jais Alias, Fellow PPLI / En. Mohd Faizal Afif Abdullah, Penolong Pengurus Program PPLI di talian 03-6204 6241/243/244 atau faksimili 03-6204 6240 atau melalui e-mel ppli@ikim.gov.my.

BIODATA PENCERAMAH

Sharon Bakar adalah warga British yang telah menetap di negara ini lebih daripada 20 tahun. Beliau dikenali di kalangan masyarakat penulis dan sentiasa terlibat di dalam mengembangkan bidang penulisan. Beberapa buah buku beliau telah diterbitkan, begitu juga artikel beliau sering disiarkan di akhbar. Beliau adalah pemegang ijazah Pendidikan Inggeris, dan berpengalaman membantu para penulis buku untuk menyempurnakan karya mereka.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud adalah Mantan Profesor dan Timbalan Pengarah di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), dan telah menghasilkan beberapa buah buku, dan lebih daripada 100 makalah yang diterbitkan di pelbagai jurnal dan persidangan. Beliau merupakan antara pelopor kepada faham budaya ilmu, dan sering memperkatakan soal integriti dan adab dalam pandangan Islam. Kini beliau merupakan Profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Temui Novelis Kesayangan Anda! di Brunei....



Temui Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Rose Harissa, Lynn Dayana, Damya Hanna dan Lily Haslina di Pesta Buku Brunei yang akan berada di sana dari 29 Feb hingga 3 March 2008. Selamat bertugas rakan-rakan!

Malaysia Airlines Travel Fair VS Air Asia Mega Sale 2008

Date : 22-24 February 2008 (3 days)
Venue : KLCC
Travel Period: info not available as the website not accessable
Best Deals : Phuket as low as RM79. Amsterdam RM1009. Details please read today's The Star and you'll know how far can you go.



Date : 18-24 February 2008 (7 days)
Travel Period : 24 June 2008- 11 January 2009
Best Deals: Domestic and international fares as low as RM0.05
Venue: via online @ http://www.airasia.com/site/en/home.jsp

Then what are you waiting for Laila? Hehehe...don't know where to go....

20 Februari 2008

3 pembekal ayam tak sembelih disaman



20 Februari 2008



Oleh: Berita Harian



KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.
Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.
“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.




p/s: sementara mereka meyiasat, saya dah buang semua ayam di peti ais yang kebetulan saya beli di Tesco baru-baru ini. apa nak jadilah orang yang asyik nak buat untung dengan menipu orang lain. sekarang tengah fikir2, tak payahlah makan ayam lagi atau makan saja ayam organik yang harganya RM16,18 dan 20 seekor. Fuh!mahalnya nak makan ayam... susah rupanya nak cari ayam halal kat Malaysia ni yer?

Kena Tagged (untuk Meen Zulaikha)

Kena tagged.... siapalah yang mula-mula mereka dan menyebarkan virus ni? Kali ini saya ditag oleh Kak Meen... Inilah jawapan saya kepada soalan-soalan itu yer....
1. Name one person who made you laugh last night? Naperlah tanya pasal semalam, tanalah hari ini, sekejap tadi ke...almaklum bukan artis nak kena ingat semua untuk jawab pada wartawan. Selalunya abang dan anak-anak akan buat saya ketawa... setiap hari
2. What were you doing at 0800? Sibuk hantar Hardy rombongan sekolah ke Aquaria, KLCC. Macam nak hantar rombongan Cik Kiah aje....
3. What were you doing 30 minutes ago? Melekat di blog, update mana-mana patut
4. What happened to you in 2006? 3 perkara yang saya minta dikabulkan ALLAH. Dapat Hariz, novel Asmara Asrama terbit dan dapat tawaran KPLI
5. What was the last thing you said out loud? bersorak John Ceyna menang royal rumble...hahaha
6. How many beverages did you have today? Air masak, air oren, air cendol, jus buah, coklat strawberi... MasyaALLAH patutlah aku sakit perut sampai 3 kali ke tandas....hahaha
7. What color is your hairbrush? Biru
8. What was the last thing you paid for? Daun sup & sup bunjut, konon nak masak nasi ayam
9. Where were you last night? Lepak kat rumah dengan abang dan anak-anak
10. What color is your front door? Maroon
11. Where do you keep your change? In my purse dan tabung Hardy
12. What's the weather like today? Lembab dan Panas
13. What's the best ice-cream flavor? coklat
14. What excites you? Shopping dan jalan-jalan
15. Do you want to cut your hair? memang
16. Are you over the age of 25? Yes.
17. Do you talk a lot? memang... macam Pah Bedah, tapi dengan orang yang rapat. Yang tak berapa kenal tu, saya biasanya hanya pandang dan senyum....
18. Do you watch the O.C? Amenda tu? entah, tak faham....
19. Do you know anyone named Steven? Ada... tokeh kedai perabot kat Serdang
20. Do you make up your own words? sangat...
21. Are you a jealous person? cemburu?luas tu...kalau pada orang lain biasa yang positif saja... saya selalu fikir itu rezeki dia...tak pernah nak dengki-dengki dengan orang.... kalau dengan abang, of course i'm....
22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'. Abang
23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'. Khairiyah. heh sama dengan Kak Meen
24. Who's the first person on your received call list? Abang
25. What does the last text message you received say? terima kasih dari Rose Harissa
26. Do you chew on your straw? Tak
27. Do you have curly hair? Biarlah rahsia
28. Where's the next place you're going to? cari katil..tido...
29. Who's the rudest person in your life? driver kat opis lama
30. What was the last thing you ate? mee goreng.... tak jadi masak nasi ayam sebab semua ayam dah dibuang kejap tadi...
31. Will you get married in the future? soalan macam tu tak boleh dijawab pada masa sekarang...harapnya tidak, biarlah happily ever after
32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks? Rambo dan Jumper
33. Is there anyone you like right now? Tak perlu mention sebab orang tu tahu saya suka dia...
34. When was the last time you did dishes? dua tiga hari lepas
35. Are you currently depressed? tak tapi dua tiga hari lepas adalah perasaan libang libu bak kata orang Perak....tapi takla sampai depressed
36. Did you cry today? Tak
37. Why did you answer and post this? dah kak meen tagged dan undang-undangnya gitu
38. Tag 5 people who would do this survey. siapa yer? saya dah sakit pinggang menjawabnya... rasanya semua kengkawan saya dah kena tag...maaflah yer...hehehe

17 Februari 2008

Sepetang di The Mines Shopping Centre

Tengahari itu kami merancang berjanji temu. Tengahari Jumaat, tidak ramai yang mundar-mandir di kompleks membeli-belah yang terletak di Seri Kembangan itu kecuali wanita, kanak-kanak, lelaki 'uzur' dan musafir, serta yang bukan Islam. Asalnya saya berjanji temu jam 1.00 tengahari tetapi Fuza memberitahu terpaksa menunggu Fiza yang akan merempit dari Kuala Kubu Baru (dah penat tulis nama atas batu!). Asalnya kami akan bertemu 6 orang tetapi di akhir minit Dalilah sakit mata dan dua jejaka Malaya yang akan turut sama selepas solat Jumaat ada komitmen lain. Penat juga menunggu hingga 2.30 sebelum nampak batang hidung 2F.


Kami dua beranak habis meronda satu The Mines. Mula-mula ke kedai kasut, ke McD, bowling, surau, kedai CD juga ke tandas sampai 3 kali! Aktiviti terakhir sementara menunggu 2F itu, kami memberi ikan makan di tasik tinggalan lombong yang dijadikan tarikan pelancongan itu. The only shopping mall that you can sail into- seperti mottonya. Di atas tu gambar Hardy bergumbira memberi ikan makan. Habis satu plastik roti dibaginya ikan makan. Geram sungguh bila tengok ikan besar-besar betis berebut makanan. Agaknya kalau jatuhlah kita kat dalam tasik tu, alamat bersepailah daging kita digigit ikan-ikan yang kelaparan itu.

Kami pulang jam 4.30 petang, tetapi Hardy kena ikut ibunya ke satu lagi temujanji (facial treatmentlah pulak). Kesian anak teruna saya yang kena jadi P.A kepada ibunya sejak bersekolah ini. Ke sana-ke mari kami selalu berdua. Hinggakan bila beli baju atau kasut saya akan bertanyakan kepada dia, cantik ke tidak. Seronok juga bila dia sibuk memadankan ibunya dengan baju dan kasut terbaik pada pandangan matanya (saya bagi dia latihan awal untuk pilihkan isteri dia nanti, hahaha). Tetapi bukan mudah untuk membuatkan mulutnya senyap untuk mengajak saya pulang segera, habislah petang itu saya mengupahnya dengan aiskrim McD, ayam panggang Kenny Rogers, jam tangan Spiderman, DVD PS2 Ultraman 3 dan 2 buah buku cerita... Mmm... rasanya barang dia lagi banyak dari barang ibunya.....

14 Februari 2008

UPU Online 2008

Pengumuman penting kepada adik-adik yang sedang berdebar menunggu keputusan SPM/STPM, bolehlah layari http://www.mohe.gov.my/ untuk memohon kemasukan ke universiti. Buat masa ini borang masih belum boleh dimuat turun tetapi adik-adik sudah boleh bersedia membeli pin nombor di mana-mana Bank Simpanan Nasional. Elok simpan sekarang untuk elak bank penuh bila keputusan periksa dah keluar nanti. Walau bagaimanapun adik-adik boleh lega buat sementara waktu kerana nampak gayanya keputusan periksa tak akan keluar pada masa terdekat ini. Semua orang tengah demam pilihanraya.... Apa-apapun, eloklah buat survey.... kursus apa nak ambil dan di mana nak ambil... Bukan apa, takut nanti bila keputusan dah keluar, pening kepala, kelam-kabut nak kejar deadline langsung salah pilih course... Akhirnya menyesal sampai ke tua....

Tahniah! Form 4


Kepada pelajar tingkatan 4 yang ditawarkan ke sekolah berasrama penuh dan teknik/vokasional untuk sesi baru 2008 baru-baru ini, diucapkan tahniah dan selamat menempuh pengalaman baru.... Jangan berasmara di asrama yer.... Tahun ini bukan tahun honeymoon.... Tahniah sekali lagi!

Jom Keluar Mengundi 8 Mac 2008

PUTRAJAYA: The Election Commission has set Feb 24 for parties to nominate candidates for 12th general election; Malaysia goes to the polls on March 8.
Parliament was dissolved yesterday, ending weeks of speculation.
Candidates will vie for 222 parliamentary seats and 505 state seats.
The assemblies of all states except for Sarawak were also dissolved Wednesday after the mentris besar and chief ministers sought consent from their respective rulers.
Source : The Star Online.

13 Februari 2008

Election Rules

  • The general election must be held within 60 days of Parliament being dissolved, in accordance with Article 55(4) of the Federal Constitution.
  • Once Dewan Rakyat is dissolved, the tenure of all MPs automatically ends, which also means that they stop enjoying the privileges, perks, and powers related to their function.
  • Until the next Parliament is convened, the country is run by a caretaker government.
  • The caretaker government's role is to keep the government machinery running, and should not involve making policy changes or formulating new legislation.

12 Februari 2008

Transformasi Sunway Pyramid






Laila sudah parah. Tak cukup datang dengan abang, kali ini kedua-dua anak terunanya diangkut sekali ke Sunway Pyramid. Agaknya Laila sudah jatuh hati pada Sunway Pyramid yang serba-serbi indah itu. Aduhai!
Kami pusing-pusing tapi tak habispun satu Sunway Pyramid kami sudah penat. Tujuannya ke sini kerana mencari permata hati wanita.... Dua tiga kedai yang kami kunjungi asyik bertanyakan "Untuk bertunang ke?" ataupun "Untuk occasion apa?" Nampak sangat kalau kita nak beli barang tu untuk hari-hari yang istimewa. Dan bila menjelangnya Velentine maka orang ingat kita pun nak sambut Valentine juga padahalnya satu hari Valentine pun saya tak pernah nak sambut....
Rasanya saya akan ke sini lagi... sebab apa? Saya belum jengah lagi ke tempat yang saya suka sangat membeli belah...Jusco! Tunggulah nanti.... saya pasti akan ke mari lagi....
p/s : pesanan untuk abang, sedia-sediakanlah duit yang cukup untuk isterimu ini....

Masa untuk Bekerja!


Sesudah menyelesaikan segala urusan peribadi dan bercuti sakan, kini masanya saya untuk kembali bekerja! Saya akan cuba menyelesaikan Cinta Pandang Kedua secepat yang mungkin. Sebaiknya sebelum saya fly saya akan habiskan separuh dari CPK, itu target saya. Nampak macam mustahil memandangkan saya bekerja dan pembantu rumah saya akan tamat kontrak bulan depan, tetapi saya akan cuba. InsyaAllah e-cerpen ReF! akan menemui pengunjung blog lailakamilia mulai minggu depan.




The Lost World of Tambun (Part II)

Hakimy bermain air di Waterfall Beach Garden yang luas dan berombak
Explorer Ship-tarikan terbaru yang baru dibuka pada cuti Tahun Baru Cina
Sempat merakam gambar dari Lost World Train setelah penat seharian di air
Batu kapur berusia lebih 400 juta tahun
Dragon Flights- tak boleh pakai selipar kalau tak entah kepala sapa yang kena

10 Februari 2008

The Lost World of Tambun, Ipoh, Perak


The Lost World of Tambun, satu-satunya taman tema di Semenanjung Malaysia yang belum pernah kami kunjungi. Jadi untuk merealisasikan impian kami sekeluarga mencuba semua taman tema, cuti tahun baru cina yang lalu, kami pun bergeraklah ke utara tanah air iaitu ke Ipoh untuk merasai pengalaman tarikan terbaru Malaysia di Perak, The Lost World Of Tambun (TLWOT) yang sememangnya terletak di Tambun, Perak.
Musim cuti yang panjang digunakan sepenuhnya oleh orang ramai untuk berkunjung ke TLWOT pada hari tu. Sesak juga bila nak beratur membeli tiket yang harganya RM22.90 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM17.90. Taman tema ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.
Berbeza dari Sunway Lagoon, di sini pengunjung masih boleh bertoleransi berpakaian. Pakailah apa saja jangan sari dan baju kurung. Ia mungkin disebabkan taman tema ini masih baru dan jika dikenakan syarat harus berswimming suit tentu tak ramai pengunjung.

Pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan luar kecuali air mineral. Memang betul-betul diperiksa oleh pekerja di sini. Jadi tak payahlah bersusah-payah nak goreng mee atau bihun kalau nak ke mari. Harga makanan di sini tidak mahal. Lebih kurang saja dengan harga di luar. Cuma yang tak sedap, penjajanya bukan Melayu. Sekalipun ada tanda halal dipamerkan tetapi bagi mereka yang cerewet pasal makan, cuak juga bila tengok tukang masaknya India dan Cina. Saya rasa pengurusan TLWOT harus ambil kira sensitiviti pengunjung di sini.

Kami berseronok sakan hingga hitam legam. Kebersihan tempat ini memang dijaga dan kemudahan asas seperti tempat makan, tukar pakaian dan surau ada disediakan. Jika anda berpeluang, singgahlah ke sana. Sekadar bertukar angin dari hiruk pikuk kota.
http://www.sunway.com.my/lostworldoftambun/

06 Februari 2008

Pengumuman Cuti : Tahun Baru Cina

Laila akan bercuti hingga 10 Fabruari... Jumpa lagi nanti....Gong Xi Fa Chai!

04 Februari 2008

Makna Cinta dan Perkahwinan

Suatu hari Plato bertanyakan kepada gurunya tentang makna CINTA.

Maka jawab gurunya " Pergilah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi syaratnya engkau harus terus berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan bersama dengan ranting pilihanmu.
Lalu masuklah Plato ke dalam hutan mencari ranting terbaik pada hematnya. Namun tidak berapa lama kemudian dia keluar tanpa membawa sebatang ranting pun.


Jawab Plato apabila ditanya gurunya "Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya erfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa sebatang ranting pun."



Guru itupun berkata " Itulah cinta."

Lalu Plato bertanya apakah PERKAHWINAN?

Gurunya menjawab, " Sama seperti ranting tadi, tapi kali ini engkau harus membawa pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Apabila ditanya oleh gurunya maka jawab Plato,

"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya... tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tidak mampu membawanya keluar dari hutan.... akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon ini di depan sana. Akhirnya inilah dia pohonnya yang saya pilih, kerana saya yakin saya mampu merawatnya dan menjadikannya indah."

Lalu gurupun berkata, " Itulah perkahwinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingny di dalam hutan, tapi kita perlu emnentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satupun akan kita dapati kerana kesempatan itu datang hanya sekali. Kita harus beredar dan terus maju seperti waktu yang beredar di hadapan yang tidak pernah tersimpan sepert hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.


Dipetik dari Pesona Wanita

03 Februari 2008

Hari Wilayah dan Eye On Malaysia

Kalau ada yang tidak tahu, Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun. Dan kalau ada yang masih tak tahu, Wilayah Persekutuan terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan! Dan sempena Hari Wilayah tahun ini, saya sekeluarga teringin nak merasai pengalaman menaiki Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa. Apa lagi seronoklah kedua anak teruna saya pagi Sabtu lalu.
Sejak mula dilancarkan 6 Januari 2007 lalu, saya memang tak berkesempatan untuk mencubanya, maklumlah, sibuk dengan kursus dan tempatnya agak jauh dari rumah. Saya ingatkan benda alah ni dibuka sampai hujung tahun 2007 saja, tapi bila abang beritahu yang ia akan berada hingga hujung Ogos ni, hati saya meluap-luap untuk mencubanya. Bila sampai di Tasik Titiwangsa, tak ramai orang di sana. Agaknya sebab baru pukul 10.30 pagi. Kami terus ke kaunter tiket dan melihatkan kepada harga tiket, terkejut jugak. RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Melayanglah RM38.00 untuk kami sekeluarga. Namun, difikirkan kembali, sekali jer nak cuba, apa salahnya...

Memandangkan orang tak ramai, maka kami dapat naik satu buaian sekeluarga tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Sebenarnya, naik buaian pusing (ferris wheel) di funfair pun sama jer rasanya. Tapi mungkin sebab Eye On Malaysia nie besar, so nampak gah ler sikit. Bila bergerak jer, Hardy takut2 jugak dan Hariz langsung tak buat bising.


Inilah antara pemandangan yang boleh dinikmati bila berada di atas awan (hehehe...). Rasanya menarik juga usaha kerajaan mengekalkan Eye On Malaysia nie sebab pastilah ia menjadi terikan kepada pelancong dalam dan luar negara. Tak dapat naik London Eye, dapat naik Eye On Malaysia pun jadilah. Tak lama lagi Singapura pun akan ada Singapore Eye juga, dengar khabarnya paling besar di Asia.
Rasanya cukup sekali kami merasai pengalaman menaiki Eye On Malaysia. Kalau tak cuba tak rasa pula pengalamannya. Yang pastinya, riak muka kedua2 anak menggambarkan segalanya. Kepuasan jelas terbayang di wajah mereka dan pasti kami akan cuba benda2 lain pula selepas ini.
Malaysia, Truly Asia, Di sini ada segalanya...

02 Februari 2008

Kenali dirimu melalui bulan kelahiran (Januari)





Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan Januari dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

SELEBRITI LAHIR PADA BULAN INI
* Michael Schumacher, Mel Gibson, 3
* Htrik Roshan, 10
* Alicia Keys, 25
* Tom Sellect, 29
* King Abdullah II, Jordan, 30
* Preity Zinta, 31

KESAYANGAN LAILA LAHIR PADA BULAN INI
*Eka Fahara,1
*Puan Hamidah Ismail, ibu tersayang, 16
*Hariz Hakimy Fadly,30



01 Februari 2008

Sweeney Todd atau John Rambo?

Nama: Sweeney Todd @ Benjamin Parker
Pekerjaan: Barber
Alamat Terakhir: Fleet Street, London
Umur: Tidak Diketahui
Pasangan: Mrs Lovett
Misi: Bunuh orang sebanyak mungkin.
Kaedah: Menggunakan pisau cukur ketika sedang menggunting rambut pelanggan.
Motif: Dendam atas kematian isteri dan kehilangan anak.
Hasil: Pie Daging manusia yang dibunuh dijual kepada orang ramai.


Nama: John James Rambo
Pekerjaan: Pesara Tentera US/ Penangkap ular
Alamat Terakhir: Thailand
Umur: 60 tahun
Pasangan: Tiada
Misi: Selamatkan sukarelawan di Myanmar
Kaedah: Selinap, Bunuh, Letup, tembak, selamatkan mangsa, lari, bunuh, tembak, letup...
Motif: Naluri sejak dahulu suka selamatkan tawanan perang/tebusan.
Hasil: Ramai yang mati daripada selamat.

Apa kata anda? Yang mana satu pilihan hati? Mr Todd yang sadis, penuh misteri dan kejam ataupun Mr Rambo yang sasa, berhati batu dan ganas?

11 Januari- Gigi


Sebelas Januari bertemu,menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,engkaulah, mi-lik-ku
Bahagia selalu dimiliki,bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,engkaulah, ji-wa-ku

Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu
Pernah ku menyakiti hati mu,pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia
Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,dengan lembut…dengan sejuta warna

#Nota: Lagu 11 Januari ini perlahan tetapi mengasyikkan. Saya paling suka bahagian yang ditandakan merah kerana ia membawakan maksud nama Hariz. Lagu ini sinonim pula dengan kebetulan Hariz lahir pada bulan Januari. Jadi bila terdengar lagu itu, saya akan tukarkan 11 Januari kepada 30 Januari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...