JANGAN PANDANG BELAKANG!
Benarkah kita seharusnya tidak pandang ke belakang, menyesali apa yang telah terjadi, meninjau keputusan-keputusan yang pernah kita buat yang akhirnya mengecewakan kita. Bagaimana pula dengan kegagalan-kegagalan lalu, haruskan dibiarkan berlalu? Berdosakah kita bila kita masih mengharapkan agar masa yang lalu dapat diputarkan kembali agar kita tidak gagal lagi?
Jika ditanya kepada anda, apakah keputusan yang paling bodoh yang pernah anda buat dalam hidup, adakah anda ada jawapannya? Dan apakah yang anda lakukan bila setiap kali anda dibayangi rasa bersalah kerana membuat keputusan itu?
Pejamkan mata, cuba pandang ke belakang, ke dalam diri anda sendiri. Beranikah anda menyatakan yang anda telah sembuh sepenuhnya dari penyesalan lepas? Benarkah penyesalan itu ada penawarnya atau anda masih dibayangi lagi rasa bersalah itu, menghambat anda ke mana anda melangkah?
Jika benar ada penawar bagi segala kesilapan yang pernah kita buat, jawapannya adalah JANGAN PANDANG BELAKANG! Hidup perlu diteruskan... Ambillah iktibar darinya kerana orang yang gagal bukanlah kerana dia gagal, tetapi kerana dia gagal mengambil iktibar dari kegagalannya. Malang itu adalah bila dia jatuh lagi di tempat yang sama, berulangkali...
Tetapi mengapa sukar untuk membuang rasa itu pergi? Sesungguhnya bila berbicara terlalu mudah...kerana ia hanya di antara gigi dan lidah... Kenyataannya, berkata itu lebih mudah dari melaksanakannya. Seringkali kita jadi tewas dan menyalahkan diri terutamanya bila kita sentiasa gagal dan gagal lagi....
4 ulasan:
tapi kalau tertoleh? hehehe... susah tau. Hati cakap lain... emosi cakap lain... akal logik lagi lain....emmm...
ini mesti suka makan kepala ayam....hahaahha
aku setuju dgn Lynn...kalau dan tertoleh mcm mana? kita ni walau mcm mana bertekad utk lupakan sesuatu perkara, kadang2 benda yg kita nak lupakn sgt2 itulah yang selalu menghantui hidup.
tuhah kau dah menoleh dah dalam gambar tu. hahahha...
Catat Ulasan