Hari ini genap 2 tahun kelahiran Hariz Hakimy Fadly.... Sekejap saja pejam celik sudah 2 tahun anak teruna saya. Tahun lepas saya bising-bising dia tidak boleh bercakap lagi walaupun sudah setahun setengah. Saya memberinya sesi terapi pertuturan tetapi walau sekerap mana saya berusaha, dia masih tidak boleh bercakap. Namun akhirnya bila dia menghampiri usia 2 tahun, alhamdulillah dia sudah boleh mencantum dua perkataan seperti "yak, cuci". Dia juga suka mengajuk apa yang orang lain cakap misalnya Ya Allah. Hinggakan kami ketawa dengan pelat dan petahnya berbicara. Saya akur, jika dia belum bersedia, saya tidak boleh memaksa dia mempelajari kemahiran baru sekalipun megikut teori pertumbuhan dan perkembangan manusia, dia sudah sepatutnya mula menguasai sesuatu kemahiran. Mungkin saja saya seorang ibu yang terlalu obses dengan perkembangan anak-anak.
Sambutan kelahiran Hariz kali ini kami sambut di Yankies Hut, Bangi jam 8 malam tadi. Selalunya kami sambut Hari Lahir anak-anak dengan menyambutnya sama ada di rumah atau di kampung. Namun, Hardy pernah juga sambut hari jadinya di tadika Krista. Seperti selalu, kek dan hadiah adalah dua benda wajib yang akan ada dalam sambutan hari lahir kedua2 anak teruna saya itu. Kali ini kami belikan kek coklat (sebab kami sekeluarga memang suka coklat!). Hariz meniup lilin dua batang di atas kek dan menerima hadiah kereta sorong mainan (seperti gambar di atas).
Saya bersyukur. Hariz sudah semakin membesar. Teringat semasa kelahirannya. Dia tidak cukup bulan tetapi tidak sabar untuk melihat dunia. Memberi peluang supaya saya dapat memberi tumpuan kepada Hardy yang ketika itu perlu dibedah di IJN. Hardy pernah menangguh pembedahannya sekali kerana saya sedang sarat mengandungkan Hariz. Lahirnya juga cukup dramatik. Saya tidak tahu yang akan dibedah kerana kedudukannya songsang. Ketika itu saya bertarung antara hidup dan mati. Saya dibius separuh sedar dan semasa ditolak masuk ke wad pembedahan, segalanya menjadi begitu pantas.
Kini anak bertuah itu sudah dua tahun usianya.... Cepatnya masa berlalu dan saya harus akur, saya semakin tua... Terima kasih kepada abang yang menghadiahkan saya seorang Hariz Hakimy, pelindung yang bijaksana.
4 ulasan:
Hapyy birthday sayang! omak tu tgh kaya, mintaklah hadia lebih2 sikit! hehehe-LilyS
owh,anak akak n anak kak rose nyer beday dekat2 ye...happy birthday to adik hariz...may Allah bless him...
emak ni memang kaya...hari2 boleh minta duitpun xpe...banyaknya duit aku....
fadilah... akak pun baru perasan...
Catat Ulasan