18 Disember 2007

Lebuhraya KL-Putrajaya sudah dibuka


Semasa saya berada di dalam teksi semasa pulang dari Bali, pemandu teksi memberitahu yang lebuhraya tersebut telah dibuka 2 hari lepas. Untungnya ia menjimatkan masa kerana perjalanan dari bulatan Kg Pandan ke KLIA hanya 30 minit. Sekarang ini lebuhraya yang banyak kontroversinya itu dibuka untuk umum dan berita gembiranya tiada tol lagi kerana masih dalam percubaan.
Seperti biasa, kami suami-isteri bukan boleh ada benda baru, kami akan cuba. Lalu pada hari Isnin tadi, kami merasmikan lebuhraya itu. Memang benar cepat dan selesa. Ada R&R di Seri Kembangan. Perjalanan yang selalunya mengambil masa hampir sejam dari pusat bandar ke Putrajaya hanya lebih kurang dua puluh minit. Kesesakan di Sg Besi dapat dielakkan. Yang beruntungnya tentulah mereka yang terpaksa berulang-alik dari KL ke Putrajaya setiap hari. Sesiapa yang pernah menempuh kesesakan dari Putrajaya hingga ke tol Seri Kembangan, pasti akan mengucap syukur. Tetapi persoalannya, berapakah harga tol yang sanggup anda bayar untuk menikmati kemudahan itu?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...