Picit Bahagian Atas
-ingin cepat berjaya
-tak suka memulakan kerja dari bawah
-sanggup menindas asalkan berjaya
-suka guna pengaruh
-suka bergaul dengan orang yang punya kepentingan saja
-cita-cita lebih penting dari cinta
-cinta berunsurkan kebendaan
Picit Bahagian Tengah
-perangai pelik, suka kelainan dari orang lain
-kerja tiada mula tiada akhir
-cita2 tinggi dan di luar kemampuan
-sering serba-salah
-tidak takut hadapi cabaran
-cinta tidak penting
-pak turut kerana tidak suka membantah
-cerewet memilih teman hidup
-punya ramai teman tetapi sukar cari sahabat karib kerana sukar mempercayai orang lain
Picit Bahagian Bawah
-tekun, sabar dan rajin
-cermat, berhati-hati dan berfikir panjang
-tak suka sudahkan kerja orang lain
-senang diajak berunding
-buat kerja dari mula hingga akhir
-cinta penting dalam hidup
-memilih sidia yang harus ada ciri-ciri yang ditetapkan
-disenangi ramai
-suka menolong orang dan sukar diperdaya
Picit di Semua
-pentingkan diri sendiri
-kurang bertanggngjawab
-degil dan jarang menerima nasihat
-seorang yang setia
-tidak ramai kawan
Sumber dari Majalah Remaja Julai 1991
2 ulasan:
laila..
hah, sejak kecil kan... habit aku suka belasah kat tengah tengah perut tiub ubat gigi tu... abah kat melaka tu dulu selalu membebel... sebab kerepot dan hodoh jadinya tiub ubat gigi tu.. tak terfikir pun apa apa.. time student/kecik kecik dulu.. kalau masuk bilik dengan mata 3/4 pejam... kira mana sempat ajelah kan...
hhehehe... seronok kan bila tahu orang boleh baca personaliti kita...kak...orang tak intai apa kita buat dalam bilik air.heheeh
Catat Ulasan