"Saya sedang bermeditasi." Jawapan saya tatkala Miss Chiang meminta saya menunjukkan lakaran lukisan saat2 duka dalam Kelas Terapi Seni.
"Boleh kamu membuat intrepretasi pada gambar yang dilukis murid ini?" Pendapat saya didalamnya ada something in complete. Saya merujuk kepada lukisan murid yang ditunjukkan tiada tangan sedangkan anggota lainnya lengkap malah kanak-kanak dalam lukisan itu berbaju lengkap.
"Bagaimana dengan yang ini?" Dia tidak putus2 menyoal dan saya tidak putus-putus memberikan jawapan yang merapu. Jawapan saya dia ingin berjiwa bebas. Merujuk kepada lukisan kanak-kanak berambut dan berfesyen rap.
Di akhir kelas Miss Chiang bertanya pula. "Siapa dalam kelas ini mengambil kaunseling?" Saya tunduk muka, pura-pura tidak mendengar soalannya. Kelas diam seisi alam. "Saya tahu dalam kelas ni ada yang ambil kaunseling." Saya angkat muka. "You bukan?" Dia bertanya kepada saya. Dengan muka gelabah saya tak tahu nak jawab apa. Dia tanya lagi, Major? Saya blur bila diserkap jarang begitu. Minor. Dia senyum. Saya mengerut dahi. Saya pandang Kerol yang duduk di sebelah. "Macam mana dia tahu? Aku tak angkat tangan pun?" Kerol angkat bahu. Mungkinkah jawapan saya yang merapu itu mendedahkan segala? Kerana semua jawapan merapu saya tu tepat belaka!
Jangan tidak percaya, melalui lukisan seseorang kita boleh menilai apa yang ada di kepalanya!
2 ulasan:
Hi
Saya suka tajuk anda. Adakah ini tajuk bagi sebuah buku? Jika ianya sebuah buku sudah tentu isi-isi dalam setiap halaman lagi menarik. Tapi saya percaya memang lukisan mengumpulkan jiwa dan perasaan setiap pelukis.Apa yang dibayangkan akan digambarkan dalam lukisan.
ada rujukan tak macam mna nak mentafsair lukisan murid?
Catat Ulasan