18 April 2007

Mei - Julai : Bulan Tengok Wayang

Masuk bulan Mei hingga Julai setiap tahun, sibuk atau tak, keje banyak ker, anak kacau ker, aku akan tetap lakukan hobi aku nan satu nie. Pergi menonton wayang. Tak kira ler pergi dengan hubby ker, kawan ker, sesapa ker, aku memang dedicate time aku untuk tengok wayang.
Kenapa Mei hingga Julai? Sebabnya bulan dari bulan Mei adalah masuk summer (musim panas) di negara barat (US dll...) dan waktu nie kebanyakannya cuti dan waktu summer nie lah penerbit2 filem akan mengambil peluang untuk mereleasekan filem2 budget besar yang high impact sebab penonton akan giler punya ramai pergi ke panggung wayang untuk habiskan masa diorang (sebab musim tu panas, gi wayang ada aircond kot) pergi menonton wayang.
Selalunya my hubby yang tahu dulu sebab dia memang giler tengok filem2 high impact nie. Dulu waktu dia student U (waktu bercinta dulu), dia kejer part time kat one of the cinema di Klang Valley. satu sebab untuk kumpul duit, dan satu sebab lagi ialah hari2 dapat tengok wayang free. So, aku pun dapat ler tengok free... hehehe...
Apapun, this summer akan sama seperti tahun2 yang lalu, dan pastinya aku akan menjadi pelanggan setia GSC, TGV, Cathay untuk tempoh 3 bulan akan datang ini.
p/s: bagi menaikkan mood bulan tengok wayang nie, aku perdengarkan muzik Tema bagi Filem Pirates of The Carribean. The movie is one of my favourite movie of all time. Best tak?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...