25 April 2007

Gila-Gila Bola

Malam tadi abang tidur awal, sekitar jam 10 malam dah masuk tidur. Aku tanya apsal, letih kejer ker? alih-alih jawapannya

"Nak bangun pukul 2 karang, ada bola."
Aku tanya ler "Sapa main?"
"MU lawan AC Milan, Liga juara Eropah... Semi Final."
Huh, kalau pasal bola, sanggup bangun pukul 2 pagi, kalau kejut subuh waktu cuti susah sungguh...


Memang orang lelaki camtu agaknya. Kat kelas kursus sekarang nie pun, hari-hari cerita pasal bola. Aku sebenarnya nak kata minat tu takdeler sangat, tapi sebab abang aku nie minat bola, aku pun terikut-ikut jugakler. Kalau setakat player Manchester United tu, aku tengok muka boleh kenal ler macam Rooney, Cristiano Ronaldo (abang cakap player nie memang best giler tahun nie, sebab tu dia dah menang 2 anugerah pemain terbaik EPL dan pemain harapan terbaik EPL), Ferdinand, Van Der Sar, Giggs dll memang mudah ler. Itu tak masuk player EPL (4 your info: EPL: English Premier League) yang lain macam team Chelsea (Drogba, Lampard, Terry), team Liverpool ( Gerrard, Reina) dan Arsenal (Henry, Fabregas)...


Apapun aku salute kat kaki bola nie, sebab takde kaki bola tak meriah ler. Waktu World Cup 2006 kat Germany dulu pun aku bangun jugak pukul 2 pagi tengok final France lwn Italy. Memang best. Tapi tak puas hati gak tengok Italy menang penalti. Zidane pulak kena buang padang... kesian...

Pagi tadi bangun tidur tanya abang "sapa menang?"
"Biasala...MU, 3-2. Tapi ada game kat tempat lawan pulak"
"Malam nie ada lagi?"
"Ada, esok pagi, Chelsea lwn Liverpool pulak..."
Laaa... tak habis-habis...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...