Lama dah saya biarkan blog saya ni berabuk. Kebelakangan ini saya memang sibuk sangat. Walaupun cuti sekolah, sepatutnya saya boleh rehat-rehat di rumah tetapi banyak kerja yang menuntut masa saya. Jadi web ini terbiar berabuk. Terima kasih kepada pengunjung setia yang masih setia menanti entri baru dari saya. InsyaAllah di celah-celah kesibukan nanti saya akan cuba juga menulis beberapa entri baru.
Aktiviti penulisan saya masih sedang saya usahakan. Novel terbaru baru beberapa bab yang mana saya hentikan sementara kerana menumpukan kepada projek novel kanak-kanak yang sedang menuju tarikh akhir penghantarannya ke editor. InsyaAllah kalau siap, saya akan kembali meneruskan penulisan novel baru yang tajuknya masih samar-samar. Ada tiga tajuk yang sedang ada di kepala iaitu Aku, Dia dan Berlin, ps:-Ich lieber dich (dalam bahasa Jerman bermaksud, aku cinta kamu) dan yang terbaru Cinta Tak Pandang2. Hehehe. Saya mensasarkan cuti sekolah bulan 3 nanti, saya dapat menyiapkan manuskrip novel terbaru saya kerana seperti anda semua, saya juga tak sabar hendak menoktahkannya!
Ramai yang mengikuti blog saya ini kerana sukakan entri kembara saya. Terima kasih kerana suka baca. InsyaAllah harapnya banyak info berguna yang boleh dimanfaatkannya. Yang sudi menghantar emel bertanyakan macam2 soalan tentang kembara, insyaAllah saya akan cuba menjawab sebaik mungkin! Memang hajat di hati hendak menyiapkan satu buku kembara dan memang sedang mengusahakannya. Selain itu ada beberapa lagi projek yang belum saya berikan komitmen 100%. Banyak sangat projek, bimbang saya tak sempat menyiapkannya.
Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Kerja yang banyak akan bergunung-gunung. Tahun depan cabaran saya semakin banyak. Hardy dah darjah 5, Kimy dah 6 tahun, Hana pula 3 tahun. Terkini, saya sedang menjalani orientasi Hana ke taska kerana saya kini sudah tiada pembantu di rumah.
Namun hidup harus diteruskan. Semoga Allah memberi saya kekuatan! Terima kasih kepada anda semua yang setia bersama saya. Kalianlah yang membuatkan saya terus bersemangat untuk mengemaskini blog ini. Jumpa lagi pada entri yang akan datang!