SALE! Karangkraf Mall 1-3 Oktober, diskaun sehingga 70%
30 September 2011
Selamat Hari Jadi Abang....
Selamat hari jadi buat suami tersayang pada 31 Ogos 2011 yang lalu, sehari selepas hari jadi Hana. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.
28 September 2011
Novel Alaf 21 dicetak rompak!
cover yang palsu lebih gelap. kertas mudah cabut sebab digam bukan dijahit
bar code palsu tidak jelas. jadi bila discan susah/tak boleh dibaca
sebelah kiri asli yang kanan palsu sebab bunga nampak difotostat
Malang sekali, kebiadaban lanun-lanun cetak rompak ini telah merebak ke dalam industri buku tanah air pula. Novel-novel Alaf 21 telah menjadi mangsanya! Salah satu novel yang telah menarik perhatian lanun-lanun ini untuk mengaut keuntungan secara haram adalah novel Cinta Yang Kurasa karya Anis Ayuni.
Seorang pembeli novel Cinta Yang Kurasa telah memulangkan novel ini secara pos ke pejabat Alaf 21 atas alasan novel ini ‘rosak’ kerana hampir 80 peratus muka suratnya tercabut. Pihak kami telah memeriksa novel ini dengan teliti. Ternyata novel ini bukan yang asli!
Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam telah difotostat.
2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.
Menurut pembeli, dia membeli novel ini di sebuah pasar raya. Novel ini dibalut plastik. Dia hairan kerana ketika mahu membuat bayaran, petugas di kedai itu tidak dapat scan barcode buku ini. Sebaik tiba di rumah, setelah membuka plastiknya, dia mendapati ada muka surat yang tercabut dan membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada Alaf 21.
Kes ini kami anggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Di sini kami menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada kami di 03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684. Kerjasama anda sangat kami hargai.
Novel Alaf 21 Terlaris Minggu Ini (28092011)
1. Ingat Janji Kita - Murni Aqila 2. Kupujuk Hati - Zuri Yanie 3. Bintang Itu Milikku - Arfa Ardiya 4. Raungan Mantera - Serunai Faqir 5. Uda Dan Dara - Aisya Sofea 6. Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha 7. Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila 8. Cinta Pandang Ke-2 - Laila Kamilia 9. Semerah Inai Di Jari - Mila Yusof 10. Ombak Rindu - Fauziah Ashari |
26 September 2011
Selamat Ulangtahun ke 10 Hardy!
Ogos telah berlalu kini September datang. Kalau bulan Ogos, Hana dan abang sambut hari jadi, September menjadi giliran Hardy. Pejam, celik sudah 10 tahun umur anak sulung saya. Kalau berjalan di sebelah sudah hampir sama tinggi. Ya, empunya nama Hardy Zahidy Fadly ini memang tidak disangka akan besar dan tinggi seperti hari ini. 10 tahun yang lepas pada 16 September, dia lahir di Teluk Intan. Walau bagaimanapun, selepas sebulan, beliau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan kerana disyaki menghidapi VSD, sejenis masalah berkaitan jantung. Semenjak itu IJN sudah menjadi rumah nombor dua kami. Beliau menjalani pembedahan jantung pada usia 5 tahun. Sedikit pengalaman mengalami VSD, ada saya titipkan dalam novel saya Lakaran Kasih. Alhamdulillah kini dia sudah disahkan sihat dan dapat menjalani kehidupan normal.
Ya, siapa sangka, anak yang sakit-sakit itu sudah sebesar ini. Ya, dia adalah anak yang tabah. Sekalipun dia tahu, dia akan mengidapi VSD jika lahir ke dunia, dia tetap mahu menjadi anak Haslina dan Aedy Fadly, memberikan kami peluang untuk menjadi mama dan abah. Jika dia tidak tabah, pasti dia merungut semasa setahun setengah berada di Berlin. Bersekolah bersama kanak-kanak yang bahasanya langsung tidak difahaminya di kelilingnya. Dia memang anak yang tabah, kerana tidak sekalipun mukanya masam, memprotes tidak mahu ke sekolah.
Untuk anak yang setabah ini....., mama dan abah ingin memberitahu bahawa betapa kami sangat menyayangi dirimu. Selamat hari jadi ke 10 anakku. Jangan tinggal solat. Semoga hari depan menjanjikan hari yang indah dan mendamaikan!
ps-Tahun ni, kami meraikan besday Aid di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang
ps-Tahun ni, kami meraikan besday Aid di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang
21 September 2011
Pengumuman Penting! Tarikh Peraduan Cinta Pandang ke-2 dilanjutkan!
Sukacita saya ingin mengumumkan dengan rasminya bahawa tarikh Peraduan Cinta Pandang ke-2 dilanjutkan! Saya tahu ada yang tidak puas hati, tetapi juga sebenarnya ada yang tersenyum senang. Setelah menerima rungutan dari pembaca CPK2 yang tidak berkesempatan untuk memasuki peraduan tersebut disebabkan kesukaran mendapatkan stok novel CPK2 di pasaran, saya harus berlaku adil kepada semua. Saya mengakui masalah mendapatkan novel CPK2 ini terjadi disebabkan novel tersebut sedang diulangcetak untuk kali kedua selepas hari raya Aidilfitri tempoh hari. Jadi proses untuk mengagihkan novel tersebut di kedai buku juga mengambil masa yang lama. Untuk makluman, novel tersebut dalam proses diulangcetak untuk kali ketiga. Jadi di antara selang masa itu, berlaku ketiadaan di pasaran. Menyedari hal ini, setelah meminta pandangan daripada beberapa pihak, saya dengan ini mengumumkan yang peraduan CPK2 dilanjutkan sehingga tengah malam 6 Oktober 2011. Ini bermakna pembaca mempunyai masa selama 15 hari lagi untuk menerima novel CPK2 yang dibeli, membaca, menjawab soalan dan menghantar jawapan. Saya akan mengumumkan pemenang pada 14 Oktober 2011. Jadi kepada peminat novel di luar sana, anda boleh dapatkan CPK2 di kedai-kedai buku berhampiran anda, melalui Alaf21 atau boleh juga pesan terus dari saya dengan menghantar emel ke lailakamilia@yahoo.com. Diskaun istimewa bersama tandatangan penulis menanti anda!
Kepada yang sudah menghantar jawapan, pastikan menerima kiriman emel pengesahan dari saya. Saya tahu yang sudah menghantar sebelum 16 September lepas pastinya tidak puas hati tetapi saya berharap anda memahami keputusan yang terpaksa saya ambil demi keadilan kepada semua pembaca. Kepada semua pembaca CPK2, terima kasih atas sokongan anda. Selamat membaca dan menyertai peraduan CPK2. Selamat maju jaya kepada yang telah menghantar dan yang masih mahu menghantar! Inilah tanda penghargaan saya kepada semua pembaca CPK2!
20 September 2011
Cinta Pandang Ke-2 sudah cetakan Ke-3
Alhamdulillah. CPK2 sedang dalam proses ulangcetak kali ke-3. Terima kasih semua untuk sokongan anda!
19 September 2011
Peraduan Cinta Pandang Ke dua sudah tamat!
Hai! Kepada yang telah menghantar borang peraduan, nantikan pengumuman pemenang pada hari Jumaat 23 September 2011, insyaAllah! Terima kasih atas sokongan anda!
16 September 2011
Selamat Hari Jadi Abang....
Selamat hari jadi buat suami tersayang pada 31 Ogos 2011 yang lalu, sehari selepas hari jadi Hana. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.
15 September 2011
Selamat hari Jadi ke 2 Hana!
30 Ogos 2011 yang lalu, genaplah 2 tahun umur Hana Nurein saya. Ha! Tu gambar terbaru dia semasa hari raya. Dah besarkan? Ya, dia dah semakin petah berkata-kata dan lasak. Umur 2 tahun ni yang saya perasan sangat rambutnya semakin kerinting dan bila bercakap tetiba jadi loghat Terengganu. Bila mengira sampai nombor sembilang. Kalau makan ikang. Hehehe tah macam mana jadi gitu tahla.
Hana paling suka menyanyi lagu Cicipang, Aecong, Capapis, Twinkle A, Wowonen dan hot dog... Hehehe agak-agak boleh teka ke lagu apa tu. Mula dengar dia cakap berkerut juga dahi. Tapi lama-lama kami semua dah tahu dah.... Agak2 sama tak dengan apa yang ada di fikiran korang. Hehehe Cicipang tu Ipsy Dispsy Spider, Aecong (ABC Song), Capapis (Teletubbies), Twinkle A (Twinkle Little Star), Wowonen (Row Your Boat) dan hot dog (Hot Dog Song). Korang boleh bayangla dia nyanyi dengan pelat dia dan suaranya yang terlebih leamk tu. Memang boleh gelak sambil guling-guling. Hana pun boleh menari dan tarian dia suka Chicken dance. Hehe
Tahun ni kami sambut besday Hana di kampung di Teluk Intan. Kebetulan hari jadinya jatuh pada 1 Syawal... Apa hadiahnya...Anak perempuan sorang, macam2la hadiahnya. Nanti kalau sempat saya upload gambar Hana dengan hadiahnya.... Tapi yang pasti, Hana masih x lepas dari cicinya. Isu cici memang sensitif, x boleh disentuh. Kalau bagitahu umur Hana dah 2 tahun dah besar tak boleh cici, memang dia akan menangis. Tapi kalau mama takde, ok je tak teringat pun....Walau apapun saya bersyukur kerana Hana dapat cici sepenuhnya sehingga 2 tahun!
Anak mama, selamat hari jadi ke 2!
07 September 2011
Peraduan Cinta Pandang ke 2 masih berlangsung!
Perayaan baru ni saya sempat menyinggah ke Seberang Perai, Pulau Pinang, sempatlah lalu di hadapan Hotel Sunway Seberang Perai. Jadi teringatlah kepada pembaca CPK2 yang masih belum menghantar borang peraduan sebelum 16 September 2011 ini. Anda berpeluang tidur di Hotel Sunway Seberang Prai yang di dekat sangat dengan Sunway Carnival Mall. Boleh jalan-jalan dan shopping-shopping! Selamat menghantar borang peraduan! Rugi kalau tak masuk!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
Masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh pengunjung lailakamilia.blogspot.com. Jika ada salah silap di sepanjang tulisan saya di sini harap dimaafkan. Terima kasih atas kesetiaan anda bersama saya.
01 September 2011
Cinta Pandang Ke-2 sudah cetakan Ke-2
Langgan:
Catatan (Atom)