Sempena cuti sekolah ni, ramai yang menelefon saya bertanyakan tentang trip ni. Saya ingin memaklumkan yang apabila tempoh penerbangan sudah terlalu hampir (tak sampai sebulan), pihak yang menawarkan pakej telah memaklumkan yang mereka tidak dapat menguruskan tiket kerana harga tiket sudah terlalu tinggi. Jadi tiket kapal terbang terpaksa ditempah sendiri di mana mereka hanya boleh menguruskan ground trip (hotel dan perjalanan semasa di Bandung) sahaja pada harga RM800/pax.
Saya juga telah menerima banyak pertanyaan tentang trip untuk tahun depan. InsyaAllah saya akan usahakan. Maklumat yang saya perlukan adalah bilangan ahli (dewasa dan kanak-kanak serta bayi) serta tarikh yang dicadangkan ke lailakamilia@yahoo.com. InsyaAllah saya akan memberikan sebut harga kepada tuan/puan. Sila beri saya masa untuk memberikan sebutharga tersebut. Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan ini. InsyaAllah pada masa depan, saya akan mengusahakan agar kita boleh terbang lebih jauh. Melancong ke Eropah dengan bajet ciput sedut. hahhaha
2 comments:
bestnya kan dapat bercuti bagai kat sana tu..LadyD ni entah bila la agaknya..
hani-insyaAllah. mulakan perjalanan dengan yg dekat dulu baru pegi jauh
Post a Comment