Cuti sekolah hampir melabuhkan tirainya. Ibubapa memanfaatkan cuti-cuti ini untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Kalau di kedai, kita lihat banyak tawaran untuk peralatan persekolahan, begitu juga dengan pakaianan.
Entri ini rasanya belum terlambat bagi ibubapa yang mahu menyediakan peralatan untuk anak-anak istimewa dan anak kecil. Kita sedia maklum bahawa anak-anak istimewa mempunyai masalah menggerakkan otot-otot tangan, begitu juga anak-anak sekecil 2-4 tahun, mahupun tadika. Di sini saya ingin mencadangkan pensil warna Stabilo bersaiz besar bagi memudahkan anak-anak memegang pensil. Dengan saiz yang ebsar daripada pensil warna saiz biasa, ia pasti memudahkan anak-anak memegang pensil warna. Tambahan pula, pensil warna ini tidak mudah patah warnanya apabila jatuh daripada meja. Ia tahan lasak dan warnanya cantik.
Pensil pula, digalakkan menggunakan pensil Stabilo Trio 362HB yang mempunyai teknologi 3-6 gripping. Pensil ini bersaiz besar dan mempunyai 3 permukaan menjadikan anak-anak mudah memegang dan kualiti tulisan yang jelas.
Kepada ibubapa yang tidak mempunyai anak-anak istimewa juga sebenarnya bagus jika mahu mengajarkan anak-anak kecil memulakan pengajian menulis. Kedua-dua peralatan ini banyak membantu anak-anak murid istimewa saya di sekolah. Selain daripada itu, boleh juga beri mereka latihan merenyuk kertas, bermain tanah liat, menggenggam bola elastik ataupun aktiviti mencabut rumput bagi merangsang otot-otot cepat menulis. Selamat mencuba!

0 comments:
Post a Comment